Resepi Kuih Koleh Kacang Kuih Tahi Minyak
Simple
Resepi Kuih Tahi Minyak

Resepi Kuih Koleh Kacang Hijau (Kuih Tahi Minyak)

Rating Resipi
4.5/5
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
7 bahan
Jumlah Masa:
90 minit
Hidangan Untuk:
10 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
60 minit
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
7 bahan
Jumlah Masa:
90 minit
Hidangan Untuk:
10 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
60 minit

Kuih Koleh Kacang Hijau atau lebih dikenali sebagai Kuih Tahi Minyak ni mungkin kedengaran sedikit ‘pelik’ bagi mereka yang baru pertama kali mendengar nama ini. Tapi, jangan salah sangka ya! Kuih Koleh Kacang Hijau merupakan kuih tradisional yang sarat dengan rasa dan tekstur unik yang ada peminat tersendiri. Biasanya, kita selalu nampak kuih ni di majlis-majlis keraian ataupun di gerai-gerai kuih waktu pagi. Bukan sahaja kerana rasanya yang manis dan lemak, tetapi juga teksturnya yang lembut dan menyegarkan membuatkan kuih ini menonjol dalam kalangan pelbagai jenis kuih Melayu.

Menghidangkan Kuih Koleh Kacang Hijau sememangnya paling sesuai dalam majlis kenduri atau sebagai salah satu juadah berbuka puasa, tidak kira dalam suasana apa pun. Meskipun proses pembuatannya mungkin terlihat sedikit rumit pada pandangan pertama, percayalah, hasil akhir yang sedap tu pasti berbaloi dengan setiap usaha yang dilakukan. Daripada penyediaan air gula yang pekat hingga penghasilan ‘tahi minyak’ yang unik, setiap langkah membawa kuih ini semakin dekat ke dalam hati setiap yang merasainya. Gituuu.. Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Kuih Koleh Kacang

1.
500gm tepung kacang hijau
2.
500ml santan pekat
3.
1.5 liter air
4.
Secubit garam
Beli Bahan di Shopee 🛒
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer

Bahan-bahan Untuk Air Gula

1.
350gm gula merah
2.
150gm gula pasir
3.
400ml air

Bahan-bahan Untuk Tahi Minyak

1.
500ml santan pekat
Aksesori Dapur Murah
Murah
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Popular
12 Grids Eggs Storage Box
12 Grids Eggs Storage Box
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Portable Mini Wireless USB Chopper
Stainless Steel Colander Basket
Stainless Steel Colander Basket

Cara Buat Kuih Koleh Kacang Hijau (Kuih Tahi Minyak)

1.

Untuk bahan air gula, didihkan dengan api sederhana sehingga menjadi pekat. Tapiskan.

2.

Kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.

3.

Apabila adunan sudah sejuk atau suam-suam kuku, masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

4.

Setelah itu didihkan semula adunan dan masak perlahan-lahan sehingga menjadi pekat.

5.

Sudu adunan ke dalam loyang dan sejukkan.

6.

Untuk tahi minyak, didihkan santan di atas api perlahan sehingga mengeluarkan minyak kelapa.

7.

Akhir sekali, taburkan tahi minyak pada koleh yang telah dipotong. Sedia untuk dinikmati.

Baca Juga :

Rating Tinggi

On Sale

Tefal Cook & Clean Non-Stick Wokpan With Lid (28cm)
Tefal Cook & Clean Non-Stick Wokpan With Lid (28cm)

On Sale

Tefal Cook & Clean Non-Stick Wokpan With Lid (28cm)

Kuali ringan. Diperbuat dari Titanium Non-Stick Coating + lapisan Aluminium

Shopee App Logo
Lazada App Logo

Harga dari

RM127
Resipi ini dalam kategori:
Peralatan Memasak:

Share Resipi Ini :

Review Panas!
Tips & Petua Menarik
Resipi Popular
Resipi Sambal & Pencicah