Resepi Kuih Tepung Pelita Asli
Simple
Resepi Tepung Pelita Popular

Resepi Kuih Tepung Pelita (Asli & Confirm Jadi)

Rating Resipi
5/5
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
9 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
15 minit
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
9 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
15 minit

Kuih Tepung Pelita, atau lebih dikenali sebagai Kuih Pelita di kalangan masyarakat Malaysia ni memang antara kuih tradisional Melayu yang popular sebagai menu buka puasa. Kuih tradisional yang ada rasa manis dan lemak ini sering menjadikan meja kuih kita lebih meriah, terutamanya semasa bulan Ramadan atau di majlis kenduri. Kuih yang unik dengan dua lapisan; hijau dari pandan dan putih dari santan, ini mudah dikenali dan selalu menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari sesuatu yang lembut dan menyegarkan untuk dinikmati bersama keluarga.

Kuih Pelita lazimnya dihidangkan dalam kelongsong daun pisang yang tidak hanya menambah estetika tetapi juga aroma semulajadi pada kuih itu sendiri. Walaupun nampak sederhana, kuih ni memerlukan ketelitian dan kesabaran waktu kita nak buat tu, untuk mendapatkan tekstur yang sempurna – lembut namun tidak terlalu cair. Ianya sesuai untuk dimakan sebagai pencuci mulut, hidangan moreh atau sebagai hidangan minum petang juga. Bagi anda yang tertarik untuk mencuba resepi ini di rumah, tahap kesukarannya dilihat sederhana tetapi hasilnya pasti memuaskan. Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Kuih Tepung Pelita (Lapisan Atas - Hijau)

1.
1 cawan tepung beras
2.
5 cawan air
3.
5-7 helai daun pandan (dikisar bersama dengan 1 cawan air diatas)
4.
Sedikit pewarna hijau epal
5.
1/2 sudu kecil air kapur
6.
1/2 cawan gula (kalau tak nak manis, kurangkan sukatannya)
Beli Bahan di Shopee 🛒
Pewarna Makanan (Nasi & Kuih)
Pewarna Makanan (Nasi & Kuih)
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer

Bahan-Bahan Kuih Tepung Pelita (Lapisan Bawah - Putih)

1.
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
2.
4 cawan santan (boleh juga 1 1/2 santan pekat + 2 1/2 cawan air)
3.
1 sudu kecil garam (ratakan)
4.
Kelongsong daun pisang secukupnya atau bekas plastik.
Aksesori Dapur Murah
Murah
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Portable Mini Wireless USB Chopper
Murah
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Stainless Steel Colander Basket
Stainless Steel Colander Basket

Cara Buat Kuih Tepung Pelita (Asli & Confirm Jadi)

1.

(Lapisan Bawah - Warna Hijau)
Tepung, air, jus pati pandan dan air kapur disatukan. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.

2.

Masak bancuhan tepung sehingga naik wap. Kacau dengan senduk kayu sehingga nampak ada ketulan tepung yg pekat pada senduk. Angkat dan guna whisk tangan, ratakan adunan tersebut supaya tidak berketul.

3.

Masukkan 1 sudu makan gula (lebih jika anda suka manis) ke dalam kelongsong daun pisang/bekas dan barulah dituangkan bancuhan lapisan bawah yang masih panas (separuh dari kelongsong).

4.

Buat sehingga habis. Biarkan seketika sambil tu buatlah adunan untuk bahagian atas pula.

5.

(Lapisan Atas - Warna Putih)
Satukan tepung, garam dan santan sehingga sebati.

6.

Tapis dan masukkan ke dalam periuk.

7.

Masak sehingga pekat dan likat. Jika nampak berketul guna whisk tangan untuk ratakan.

8.

Masukkan adunan yang masih panas ini di atas adunan berwarna hijau tadi.

9.

Kukus ke dalam periuk kukus selama 5-10 minit.

10.

Sedia untuk dihidangkan!

Baca Juga :

Resipi ini dalam kategori:
Peralatan Memasak:

Share Resipi Ini :

Review Panas!
Tips & Petua Menarik
Resipi Popular
Resipi Sambal & Pencicah