Review Produk
Rating Tinggi

Kuali Non-Stick Tefal Jenis Wok dengan penutup

Tefal Cook & Clean Non-Stick Wokpan With Lid (28cm)

Rating Produk
5/5
Overview

Harga Semasa dari

RM127
Kapasiti Saiz

28cm

Jenis Material

Titanium Non-Stick Coating & Aluminium

Review Produk

Kuali non stick Tefal ni ada banyak jenis dan siri keluaran. Bezanya pada jenis bahan salutan (coating) pada kuali dan periuk tersebut dan juga bahan yang digunakan untuk membuat pemegang kuali serta penutup kuali. Ada yang dari stainless steel, titanium, aluminium, granite marble & mineralia non-stick coating. Antara model yang berbaloi beli dengan harga yang mampu milik adalah model ini, Tefal Cook & Clean Series. Tefal Cook & Clean Non-Stick Wokpan ni kuali non stick Tefal jenis Wok. Kuali Wok ni adalah jenis kuali yang sedikit melengkung ke dalam dan sesuai untuk masakan goreng, berkuah dan sup. Model ini datang dengan pemegang yang tidak panas apabila digunakan dan juga berserta dengan penutup kaca. Kuali Tefal ini antara model kuali non stick yang ringan keluaran jenama Tefal. Boleh digunakan pada semua jenis dapur masakan kecuali dapur jenis Induction. Ianya boleh juga dicuci menggunakan mesin pencuci pingan (dishwasher). Tefal Cook & Clean Series ini juga mempunyai 2 variasi kuali lain jenis Fry Pan bersaiz 20cm dan 28cm. Harganya pun tidak terlalu mahal dengan kualiti yang anda dapat. Model kuali ini sangat berbaloi untuk pakai lama!

Yang Juga Popular
Kategori Resepi Popular