Top 12 Tablet Murah Terbaik 2026 (Budget & Mid-Range)
- Review oleh ResipiKita
- Update : May 2026

Nak beli tablet tapi pening tengok banyak pilihan, spec semua nampak sama, dan harga pun macam-macam? Korang tak sorang je rasa gitu. Sebenarnya, beli tablet yang betul tu yang susah — bukan beli tablet je.
Dalam artikel ni, kami dah shortlist 12 tablet murah terbaik Malaysia 2026 yang berbaloi untuk dibeli — dari yang paling budget-friendly bawah RM800, sampai yang mid-range bawah RM1,500. Ada jugak 1–2 pilihan premium untuk korang yang nak tahu bezanya. Tiap satu ada reason kenapa dia layak masuk list ni, dan untuk siapa dia sesuai.
Kalau korang dalam bajet ketat atau nak upgrade dari tablet lama, artikel ni memang untuk korang.
Baca Juga:
Kenapa Tablet Semakin Popular di Malaysia?
- Kerja dan belajar dari rumah dah jadi norma baru — tablet bagi fleksibiliti yang laptop tak selalu bagi
- Skrin lagi besar dari smartphone, lagi ringan dari laptop — sweet spot untuk banyak guna
- Sesuai untuk student, kanak-kanak, ibu bapa WFH, dan sesiapa yang nak entertainment tanpa bayar harga laptop
- Harga masuk akal — ada tablet murah terbaik yang bawah RM800 pun dah boleh pakai laju untuk kegunaan harian
- Banyak aplikasi penting — Office, Zoom, YouTube, ebook, game — semua support Android tablet sekarang
Kongsi artikel ini :
Senarai Tablet Murah Terbaik 2026 di Malaysia




Tablet Bajet Terbaik Skrin FHD+ & Bateri Tahan Bawah RM650
- Skrin 11-inci FHD+ 1920x1200, 85% screen-to-body, 400 nits, cert TÜV Rheinland Low Blue Light & Flicker Free.
- Bateri 7700 mAh tahan seharian, sokong pengecasan pantas 22.5W — sesuai untuk streaming & belajar berjam-jam.
- RAM 4GB + storan 128GB, quad-speaker Histen 9.0, sesuai untuk multitasking, nota, video call & hiburan harian.
Huawei MatePad SE 11 ni memang pilihan menarik untuk korang yang cari tablet bajet bawah RM650 tapi tetap rasa premium. Skrin 11-inci FHD+ dengan pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free memastikan mata korang lebih selesa walaupun guna lama — sesuai untuk belajar online, streaming atau baca e-book. Rekabentuk metal unibody yang nipis pada 6.9mm dan ringan pada 475g memudahkan korang bawa ke mana-mana. Bateri 7700 mAh pula cukup untuk kegunaan seharian tanpa risau kehabisan. Quad-speaker dengan HUAWEI Histen 9.0 pula menghasilkan audio yang lebih immersive. Tambah lagi sokongan HUAWEI M-Pen lite untuk nota dan lakaran, serta Kids Corner untuk kawalan ibu bapa — menjadikan tablet ini pilihan versatile yang berbaloi!




Tablet Murah Terbaik Xiaomi - Bawah RM600
- Skrin 9.7 inci resolusi 2K dengan refresh rate 120Hz — paparan tajam, smooth & selesa untuk streaming dan baca nota.
- Bateri 7600mAh tahan hingga 1.7 hari penggunaan harian, sokong pengecasan pantas via USB-C tanpa risau kehabisan bateri.
- Snapdragon 6s 4G Gen 2 dengan HyperOS 3 — bagus untuk multitasking, online class, browsing & hiburan harian.
Xiaomi Redmi Pad 2 9.7 memang pilihan menarik untuk korang yang cari tablet compact bawah RM600 dengan spesifikasi berbaloi. Skrin 9.7 inci resolusi 2K dengan refresh rate 120Hz bagi paparan yang jelas dan smooth — sesuai untuk tengok video, scroll media sosial atau baca nota. Bateri 7600mAh pula mampu bertahan hingga 1.7 hari dengan penggunaan harian yang normal, membuatkan ia sesuai untuk belajar, travel atau kerja ringan. Dipacu Snapdragon 6s 4G Gen 2 bersama Xiaomi HyperOS 3, pengalaman guna terasa lebih responsif dan kemas untuk apps harian, streaming dan online class. Reka bentuknya pun slim dan ringan, mudah dibawa ke mana-mana. Pada harga bermula RM569, tablet ini memang patut masuk shortlist Anda!




Tablet Mid-Range Terbaik Tecno - Bateri Tahan Lama
- Skrin 11 inci FHD+ resolusi 1200x1920p dengan refresh rate 90Hz — paparan luas dan smooth untuk streaming & kerja.
- Bateri 8000mAh tahan lama dengan standby hingga 71 hari, disokong pengecasan pantas 18W melalui USB Type-C.
- Dipacu MediaTek Helio G99 & RAM hingga 16GB Extended, sesuai untuk multitasking, gaming ringan dan kelas online.
Tecno Megapad 11 adalah pilihan tablet yang sangat berbaloi untuk korang yang mahukan skrin besar dengan prestasi seimbang di bawah RM1,000. Dengan paparan 11 inci FHD+ 90Hz, pengalaman menonton video, scroll media sosial dan buat kerja harian terasa lebih selesa dan smooth. Dipacu oleh cip MediaTek Helio G99 bersama RAM 8GB yang boleh diperluaskan hingga 16GB, tablet ni mampu handle multitasking, video call, online class dan hiburan harian dengan lancar. Storan tersedia dalam pilihan 128GB atau 256GB — cukup lega untuk simpan fail dan aplikasi. Bateri 8000mAh pula memastikan korang tak perlu risau kehabisan bateri sepanjang hari. Ditambah dengan quad-speaker Dolby Atmos, kamera belakang 13MP, kamera hadapan 8MP, sokongan 4G LTE serta badan slim 7.58mm — Tecno Megapad 11 memang tablet lengkap untuk kegunaan harian.




Tablet Mid-Range Terbaik Huawei - Bawah RM1,300
- Skrin FullView 11.5 inci resolusi 2.2K, refresh rate 120Hz & teknologi PaperMatte anti-glare — selesa untuk mata.
- Bateri 7,700mAh tahan seharian dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W SuperCharge — sesuai untuk kegunaan aktif.
- Snapdragon 7 Gen 1 + RAM 8GB lancar untuk multitasking, WPS Office, nota digital & hiburan harian bawah RM1,300.
Kalau korang tengah cari tablet yang boleh buat banyak benda sekaligus — kerja, belajar, dan hiburan — Huawei MatePad 11.5 ni memang patut masuk dalam senarai pilihan. Skrin 11.5 inci dengan display PaperMatte 2.5K dan refresh rate 120Hz bagi pengalaman visual yang selesa, kurang silau, dan mesra mata berkat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light. Dipacu oleh Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 dengan RAM 8GB, tablet ni mampu handle multitasking dengan lancar, termasuk edit dokumen guna PC-level WPS Office 3.0. Bateri 7,700mAh pula pastikan korang boleh guna seharian tanpa risau kehabisan bateri. Dengan berat hanya 499g dan ketebalan 6.85mm, ia mudah dibawa ke mana-mana. Harga pun berada dalam lingkungan bawah RM1,300 — berbaloi untuk spesifikasi yang ditawarkan!




Tablet Android Skrin 11-inci Full HD
- Skrin bersaiz 11-inci FullView 1920×1200 dengan refresh rate 90Hz & pensijilan TÜV Rheinland untuk keselesaan mata.
- Bateri 8300mAh tahan sehingga 14 jam video online & 57 jam muzik — sesuai untuk kegunaan seharian tanpa risau kehabisan bateri.
- Cip Snapdragon 680 octa-core dengan 8GB RAM (4+4GB) — stabil untuk multitasking, streaming, kelas online & kerja harian ringan.
Honor Pad X8a LTE memang pilihan tablet Android yang berbaloi untuk korang yang cari device lengkap bawah RM700. Dijual pada harga promo RM649 (turun dari RM799), tablet ini hadir dengan skrin 11-inci FullView 90Hz yang smooth dan selesa untuk streaming, belajar, serta browsing. Bateri besar 8300mAh memastikan korang boleh guna tablet seharian tanpa perlu cas kerap. Dari segi prestasi, Snapdragon 680 bersama 8GB RAM dan storan 128GB cukup laju untuk pelbagai tugasan harian. Badan slim 7.25mm dengan rekaan metal bagi rasa premium, manakala quad-speaker dengan Voice Enhancement tingkatkan pengalaman audio. Support LTE 4G pula membolehkan korang kekal online tanpa bergantung pada Wi-Fi semata-mata. Dijalankan dengan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14, antara muka tablet ini moden dan mudah digunakan — sesuai untuk pelajar mahupun pengguna harian!




Tablet Murah Oukitel - Bawah RM500
- Skrin 10.1" FHD+ resolusi 1920×1200 — luas dan jernih, sesuai untuk streaming, kelas online dan baca e-book.
- Bateri 8000mAh tahan hingga 16 jam video & standby 1,250 jam, disokong 18W fast charging untuk cas lebih pantas.
- Cip Unisoc T606 Octa-Core dengan RAM hingga 16GB — lancar untuk browsing, video call dan tugasan harian ringan.
Kalau korang tengah cari tablet skrin besar yang tak buat poket menangis, Oukitel OT6 Tablet 10.1″ FHD+ boleh jadi pilihan yang berbaloi. Dengan paparan FHD+ 1920×1200, gambar nampak tajam dan selesa untuk ditonton lama-lama — sesuai untuk Netflix, YouTube atau kelas online. Bateri 8000mAh membolehkan korang streaming video hingga 16 jam, main muzik hampir 19 jam, atau standby lebih 1,200 jam tanpa risau kehabisan bateri. Dari segi prestasi, cip Unisoc T606 digabungkan dengan RAM hingga 16GB cukup smooth untuk multitasking harian. Tablet ni turut menyokong 4G LTE, Widevine L1, quad speakers, kamera belakang 13MP, kamera depan 5MP, storan 64GB yang boleh dikembangkan via microSD, serta Android 13/14. Dengan harga bawah RM450, OT6 menawarkan nilai yang kompetitif untuk hiburan, pembelajaran dan produktiviti ringan.




Tablet Kanak-Kanak Murah
- Skrin HD 7 inci resolusi 1024x600 dengan teknologi Glass+PET — warna vivid, sentuhan responsif & selamat untuk mata kanak-kanak.
- Bateri 3200mAh dengan dua mod jimat kuasa — tahan untuk kegunaan seharian tanpa risau kehabisan bateri sepanjang hari.
- Cip Quad-core A53 1.6GHz, RAM 6/4GB & storan 128GB — lancar untuk apps pendidikan, video, lukisan & game ringan.
Kiumo M901 Kids Tablet memang direka khas untuk kanak-kanak yang suka belajar sambil bermain! Tablet 7 inci ni hadir dengan Android 13 dan fungsi Dual Mode — boleh switch antara Kids Mode dan Android Mode ikut keperluan keluarga. Parents boleh set password, had masa skrin, tapis laman web yang tidak sesuai, dan urus kandungan anak terus dari tetapan Parental Control. Dari segi reka bentuk, casing silikon kartun yang shockproof memastikan tablet ni tahan lasak walaupun dalam tangan si kecil. Dalam kotak, Korang dapat stylus pen, screen protector, lanyard dan pelbagai aksesori berguna yang lain. Tersedia dalam empat warna menarik — Light Blue, Dark Blue, Pink dan Purple. Harga pun mesra poket, bawah RM200 — memang berbaloi untuk pelaburan pendidikan digital anak-anak!




Tablet Redmi Mid-Range Terbaik
- Skrin 12.1 inci resolusi 2.5K (2560×1600) dengan refresh rate 120Hz AdaptiveSync — tajam, luas dan smooth!.
- Bateri 10,000mAh tahan hingga 12 jam video playback, lengkap dengan sokongan 33W fast charging yang praktikal.
- Snapdragon 7s Gen 2 (4nm) dengan HyperOS — lancar untuk multitasking, streaming, belajar dan kerja harian.
Xiaomi Redmi Pad Pro ialah tablet mid-range bawah RM1,200 yang menawarkan pengalaman premium tanpa perlu bayar mahal. Skrin 12.1 inci resolusi 2.5K dengan refresh rate 120Hz AdaptiveSync memastikan setiap tontonan video, browsing dan pembacaan terasa tajam dan smooth. Processor Snapdragon 7s Gen 2 berasaskan 4nm pula memastikan prestasi harian berjalan lancar tanpa lag, sesuai untuk multitasking, gaming ringan mahupun streaming. Bateri 10,000mAh boleh tahan seharian, dan dengan sokongan 33W fast charging, korang tak perlu risau kehabisan bateri. Audio pun tidak mengecewakan — quad speakers dengan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio menghadirkan pengalaman bunyi yang immersive. Tambah lagi sokongan Redmi Smart Pen dan Redmi Pad Pro Keyboard, menjadikan tablet ini pilihan produktif yang lengkap dan berbaloi!




Cara Memilih Tablet Murah Yang Sesuai Dengan Anda
Ada banyak tablet murah di pasaran, tapi bukan semua berbaloi untuk dibeli. Ini faktor penting yang korang kena tahu sebelum buat keputusan:
Saiz Skrin
Saiz skrin paling mempengaruhi pengalaman harian korang. Pilih mengikut guna:
- 8″ — mudah bawa kemana-mana, sesuai untuk budak-budak dan guna santai
- 10–11″ — saiz paling popular, sesuai untuk baca, tengok video, buat kerja ringan
- 12″+ — terbaik untuk produktiviti, annotate PDF, nota panjang
Refresh Rate & Kualiti Paparan
Refresh rate mempengaruhi betapa “smooth” skrin korang nampak semasa scroll atau main game:
- 60Hz — cukup untuk guna basic, baca ebook, tengok video
- 90–120Hz — scroll lagi licin, pengalaman lebih selesa
- 144Hz+ — untuk gaming dan multimedia, nampak lagi fluid
Untuk resolusi, minimum cari 1080p (FHD) — HD je memang nampak blur kalau screen besar.
Chipset & RAM
Ini yang paling ramai orang overlook. Bukan semua “Android tablet” sama laju:
- Entry (Helio / SD 4xx) + 4GB RAM — ok untuk guna asas: buka app, YouTube, browsing
- Mid (SD 6xx / 7xx) + 6–8GB RAM — multitasking selesa, gaming ringan-sederhana, split screen lancar
- Flagship (SD 8xx / Apple M-series) + 8GB+ — untuk guna berat, editing, game demanding
Untuk kegunaan harian, minimum 6GB RAM adalah cadangan kami.
Kapasiti Bateri
Tablet yang cepat kong adalah tablet yang tak berguna bila korang keluar rumah. Cari minimum 7,000mAh untuk tahan seharian. Kalau heavy use, sasarkan 8,000mAh ke atas. Bonus kalau ada fast charging 33W+ — jimat masa tunggu.
WiFi atau LTE?
WiFi je dah cukup untuk kebanyakan orang — jimat dalam RM100–200. Ambil LTE kalau korang selalu travel, pergi kelas, atau bekerja diluar pejabat dan tak selalu ada WiFi. Pro-tip: kalau nak internet di luar, hotspot dari smartphone pun dah settle.
Sokongan Stylus
Penting kalau korang student yang nak tulis nota digital, atau sesiapa yang annotate dokumen. Yang paling penting nak check: sama ada stylus free dalam kotak, atau kena beli berasingan. Ada model yang jual stylus harga RM150–300 berasingan — kena kira dalam total cost korang.
Kesimpulan — Tablet Murah Mana Patut Korang Beli?
Ringkasnya, ini panduan cepat ikut keperluan korang:
- 🎓 Student / pelajar — Cari tablet dengan skrin besar, stylus support, dan bateri tahan lama. Prioritikan display quality dan RAM yang cukup untuk multitask.
- 💰 Bajet paling ketat — Fokus pada tablet yang offer skrin FHD dan RAM minimum 6GB. Tak perlu spec tertinggi, yang penting cukup untuk guna harian.
- 🏠 Family & budak-budak — Pilih saiz skrin yang selesa, build quality yang tahan lasak, dan harga yang wajar. Refresh rate 90Hz dah lebih dari cukup.
- 🎮 Gaming santai — Pastikan refresh rate 120Hz ke atas dan RAM 8GB. Skrin besar dengan resolusi tinggi bagi pengalaman gaming yang lagi best.
- 💼 WFH & produktiviti — Utamakan skrin besar 11″+ dengan resolusi tinggi, bateri kuat, dan sokongan split screen yang smooth.
Yang paling penting — pilih ikut keperluan korang, bukan ikut spec tertinggi. Tablet yang cukup untuk guna korang jauh lebih berbaloi dari tablet spec tinggi yang separuh fungsinya tak pernah korang sentuh.
Kalau artikel ni membantu, share dengan kawan atau ahli keluarga yang tengah cari tablet — mana tahu korang tolong jimatkan duit diaorang! 😄
Soalan Lazim
Tablet murah terbaik bawah RM1,000 Malaysia 2026?
Tablet atau laptop — mana lagi berbaloi untuk pelajar?
Berapa RAM minimum untuk tablet yang bagus?
Kongsi artikel ini?