Top 12 Robot Vacuum Terbaik 2026 (Murah, Mid-Range & Premium)
- Review oleh ResipiKita
- Update : January 2026

Best kan kalau hari-hari balik rumah, lantai rumah sentiasa bersih tanpa perlu bersusah payah kita menyapu atau memop lantai. Inilah realiti yang dibawa oleh robot vacuum cleaner – pembantu pembersihan automatik yang kini semakin popular di rumah-rumah rakyat Malaysia!
Kenapa Robot Vacuum Semakin Popular di Malaysia?
- Gaya hidup moden yang sibuk memerlukan penyelesaian pembersihan yang efisien
- Teknologi automatic vacuum cleaner semakin canggih dan mampu milik
- Pemilik haiwan peliharaan mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah bulu yang bertaburan
- Kemajuan dalam teknologi robot vacuum and mop yang menawarkan pembersihan 2-dalam-1
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan lengkap untuk memilih robot vacuum terbaik yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda, termasuk pilihan robot vacuum murah hingga model premium yang serba lengkap dengan siap boleh mop air panas tau!
Baca Juga:
Kriteria Pemilihan Robot Vacuum Terbaik
Harga & Bajet Anda
- Harga Murah: RM500-1,000 (asas, navigasi rawak)
- Harga Pertengahan: RM1,000-2,500 (navigasi lebih baik, kuasa sedutan tinggi)
- Harga Premium: RM2,500+ (teknologi terkini, self-emptying)
- Pertimbangkan nilai jangka panjang, bukan hanya harga awal
Kesesuaian Rumah Anda
- Jenis Lantai: Jubin/marmar (kebanyakan model sesuai), Kayu/parket (model berus lembut), Karpet (kuasa sedutan tinggi)
- Kuasa Sedutan: 1,500-2,000Pa (asas), 2,000-3,000Pa (haiwan peliharaan), 3,000+Pa (kotoran degil)
- Fungsi Mop: Statik (asas), getaran, atau berputar (paling efektif)
Aspek Teknikal
- Navigasi: Rawak (bajet), Gyroscope (pertengahan), LiDAR/vSLAM (premium)
- Bateri: 60-90 minit (ruang kecil), 90-150 minit (rumah sederhana), 150+ minit (rumah besar)
- Tong Habuk: 300-400ml (perlu kerap dikosongkan), 500ml+ (rumah besar), Auto-emptying (premium)
- Penapisan: HEPA (penghidap alahan), Boleh dicuci (jimat kos jangka panjang)
- Tahap Bunyi: 50-60dB (senyap), 60-70dB (sederhana), 70+dB (bising pada kuasa tinggi)
Ciri-Ciri Pintar
- Kawalan aplikasi dan berjadual, integrasi suara (Alexa, Google Assistant), pemetaan, pengesanan kotoran
- Ciri premium: No-go zones, pembersihan khusus bilik, pengelakan halangan
Kongsi artikel ini :
Senarai Robot Vacuum Terbaik 2026 di Malaysia




Robot Vacuum & Mop Terbaik Bersaiz Kecil Bawah RM1,700
- Kapasiti pembersihan tinggi walaupun saiz kompak, sesuai untuk rumah atau apartmen kecil hingga sederhana.
- Teknologi ZeroTangle™ 2.0, TrueMapping 2.0 dan sensor pintar memudahkan navigasi serta elak kerosakan rambut tersangkut.
- Stesen OMNI paling kecil, sangat jimat ruang, lengkap fungsi auto-empty, pengeringan panas & antibakteria, sesuai untuk gaya hidup moden.
Ecovacs Deebot Mini Robot Vacuum Cleaner All-in-One Omni Station memang pilihan baru yang popular untuk korang yang cari robot vacuum bersaiz kecil, harga sederhana bawah RM2,000 dan rating tinggi di Shopee dan Lazada. Dengan daya sedutan power sampai 9,000Pa dan sistem mopping OZMO Turbo 2.0, semua habuk, rambut, dan kotoran degil memang settle. Saiz kompak (lebar 28.6cm, tinggi 38.5cm) sangat sesuai untuk ruang sempit dan apartment. Stesen OMNI paling kecil di dunia ni pula jimat ruang tapi tetap ada fungsi auto-empty, pengeringan 45°C, dan perlindungan antibakteria. Teknologi ZeroTangle 2.0 pula pastikan rambut tak mudah tersangkut, jadi kurang hassle nak bersihkan. Operasi sangat senyap (55dB), tak kacau suasana rumah. Dengan warna pelbagai dan design stylish, memang kena dengan citarasa moden. Harga dia mid-range, kualiti dan ciri-ciri yang ditawarkan memang berbaloi untuk pelaburan jangka panjang rumah korang! Ramai beli yang ni guys!




Robot Vacuum Mop Mid-Range Terbaik Dreame Bawah RM1,300
- Kapasiti tangki air besar (4.5L bersih + 4L kotor) & beg habuk 3.2L – sesuai untuk rumah keluarga sederhana hingga besar.
- Teknologi PowerDock™, Vormax™ 13,000Pa, DuoScrub™ & RoboSwing™ – mop automatik, sedut kuat, cuci & kering sendiri.
- Sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan, rumah berlantai campur dan keluarga yang mahukan pembersihan automatik.
Dreame D20 Ultra dilengkapi All-in-One PowerDock™ yang boleh self-clean, kosongkan habuk, cuci mop dan keringkan dengan udara panas secara automatik. Kuasa sedutan Vormax™ 13,000Pa mampu angkat semua jenis kotoran dari bulu haiwan hingga habuk halus. Teknologi DuoScrub™ dengan RoboSwing™ membolehkan mop bergerak seperti menari untuk capai setiap sudut rumah. Bateri 5,200mAh tahan sehingga 260 minit dengan navigasi Smart Pathfinder™ dan 3DAdapt™ obstacle avoidance. Boleh kawal menggunakan voice command dan disahkan SIRIM untuk jaminan keselamatan. Harga bawah RM1,300 dengan warranty 2 tahun memang berbaloi untuk robot vacuum premium dengan semua ciri canggih!




Robot Vacuum Mop Mid-Range Terbaik Roborock
- Kapasiti dock 2.5-2.7L habuk, 4L air bersih, 3L kotor dengan bateri 5,200mAh untuk runtime 180 minit pembersihan.
- Teknologi DuoDivide anti-tangle 0% kusut & FlexiArm edge cleaning dengan kuasa sedutan 18,500Pa HyperForce.
- Sesuai rumah flat/apartment dengan pet owners, dilengkapi dock basuhan air panas 75°C dan pengeringan automatik.
Roborock Qrevo Curv 5A1 merupakan robot vacuum & mop generasi baharu yang menawarkan teknologi flagship pada harga pertengahan sekitar RM2,800. Model ini dilengkapi sistem Dual Anti-Tangle dengan berus utama DuoDivide yang memastikan 0% hair tangling, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga yang memelihara haiwan atau mempunyai rambut panjang. Kuasa sedutan 18,500Pa HyperForce mampu membersihkan segala jenis kotoran dari lantai keras hingga karpet dengan berkesan. Dock 3.0 yang hands-free akan mengosongkan habuk secara automatik, membasuh mop dengan air panas 75°C, dan mengeringkannya sendiri. Dengan waranti tempatan 2 tahun dan pensijilan SIRIM, robot ini sesuai untuk rumah sederhana kecil atau apartment yang memerlukan penyelesaian pembersihan premium yang efisien dan tahan lama. Brand ini pun BestSelling Global No.1, so korang boleh expect performance mantap.




Robot Vacuum Terbaik Entry-Level dengan Mop Bawah RM800
- Kapasiti beg habuk 3L dengan auto-empty dock, operasi hands-free sehingga 60 hari tanpa perlu kosongkan sendiri.
- Kuasa sedutan 5300Pa DeepVac™ technology pickup 97% habuk, combo vacuum+mop untuk pembersihan menyeluruh.
- Navigasi LiDAR+IMU dengan pemetaan 3D, simpan 4 floor maps, sesuai rumah bertingkat dan pemilik haiwan peliharaan.
Kalau korang ada guna CCTV atau lampu-lampu smart home dari jenama TP-Link Tapo, robot vacuum ni mungkin pilihan yang bagus, sebab kita boleh kawal sekali robot vacuum ni dalam app Tapo tu. Tapo RV30 Max Plus memang pilihan tepat untuk korang yang mahukan robot vacuum murah bawah RM800. Dengan kuasa sedutan 5300Pa dan teknologi DeepVac™, ia mampu angkat habuk dan bulu haiwan dengan keberkesanan 97%. Auto-empty dock berkapasiti 3L membolehkan operasi tanpa sentuhan sehingga 2 bulan – perfect untuk lifestyle sibuk! Sistem navigasi LiDAR+IMU memetakan rumah dengan tepat, boleh simpan hingga 4 tingkat berbeza. Fungsi combo vacuum dan mop dengan 3 tahap aliran air, boleh dikawal melalui Tapo App, Alexa dan Google Assistant menjadikan pembersihan harian lebih mudah. Bateri tahan 150 minit, bunyi senyap 52dB, dan boleh mendaki ambang 22mm. Memang berbaloi untuk rumah moden yang memerlukan penyelesaian pembersihan pintar dan efisien.




Robot Vacuum Mid-Range Dengan Fungsi Lengkap
- Kapasiti pembersihan tinggi dengan 10000Pa suction, mampu beroperasi tanpa perlu kosongkan habuk sehingga 7 minggu.
- Dilengkapi teknologi mop self-washing & auto dust emptying, sesuai untuk keluarga sibuk & rumah banyak bulu haiwan.
- Navigation pintar PreciSense® LiDAR, elak halangan automatik & boleh kawal guna Alexa, Google Assistant atau Siri.
Roborock QR 798 ni antara model dari jenama Roborock yang power untuk korang yang nak rumah sentiasa bersih tanpa perlu penat tangan sendiri. Dengan docking station serbaguna, robot vacuum atau roomba vacuum ni boleh kosongkan habuk secara automatik dan mop akan cuci sendiri – jadi tak perlu risau nak bersihkan selalu. Teknologi 10000Pa extreme suction dan all-rubber brush memang antara model robot vacuum terbaik yang kuat dan padu, especially untuk kutip habuk, bulu kucing atau rambut. Navigation pun canggih sebab boleh elak halangan dan tetapkan kawasan larangan guna app. Bateri 5200mAh dengan pengecasan 30% lebih pantas memastikan operasi berterusan. Boleh connect dengan Alexa, Google Assistant atau Siri, memang mudah untuk kawal. Harga dalam kategori Mid-range, bawah RM2500 tapi memang berbaloi dengan semua fungsi smart dan kualiti binaan tinggi. Dapat 2 tahun waranti rasmi dan certified SIRIM, memang peace of mind dan good investment! Sesuai untuk korang yang nak rumah kemas tanpa banyak hassle.




Robot Vacuum Terbaik Mid-Range Ecovacs
- Kapasiti beg habuk 2.6L tahan 150 hari + OMNI Station basuh mop 60°C, kering 40°C - sesuai rumah besar keluarga.
- Kuasa sedutan 10,000Pa + ZeroTangle 2.0 Triple-V anti-kusut + TruEdge 1mm coverage tepi 98% menyeluruh.
- Sesuai untuk keluarga dengan haiwan peliharaan, bateri 320 min, mop lift 9mm, mapping 100㎡/6 min, harga bawah RM2300.
Kalau budget korang mid-range, nak robot yang memang buat kerja bersih habis, DEEBOT N30 PRO OMNI antara yang paling berbaloi bawah RM2300. Dengan kuasa sedutan 10,000Pa dan teknologi ZeroTangle 2.0 Triple-V design, dia boleh handle rambut dan bulu haiwan tanpa kusut. Yang best, TruEdge technology dia boleh mop sampai tepi dengan jarak cuma 1mm sahaja – coverage tepi mencapai 98%! OMNI Station yang kompak akan basuh mop guna air panas 60°C dan keringkan dengan udara panas 40°C secara automatik. Mop akan terangkat 9mm bila atas karpet untuk elak cross-contamination. Beg habuk 2.6L boleh tahan sehingga 150 hari maintenance-free, bateri tahan 320 minit, dan mapping pantas 100㎡ dalam 6 minit je. Kawalan apps mudah dengan widget Apple yang mesra pengguna. Harga bawah RM2300 memang berbaloi untuk teknologi canggih sebegini!




Robot Vacuum Terbaik Kuasa Turbo 20,000Pa
- Kapasiti tangki habuk 3L dan air bersih 2.5L mampu beroperasi hingga 75 hari tanpa maintenance kerap.
- Teknologi Hydrojet™ Self-Cleaning dengan 20,000Pa turbo suction dan DuoSpiral™ anti-kusut rambut terkuat.
- Teknologi AI.See™ mengenal pasti 200+ objek dengan CornerRover™ Arm untuk coverage 100% sesuai rumah besar 186㎡.
Eufy Anker E25 Omni merupakan robot vacuum premium yang memang mengubah cara anda menguruskan kebersihan rumah. Dengan kuasa sedutan turbo 20,000Pa yang paling kuat dalam industri, robot ini mampu mengangkat semua habuk, rambut dan kotoran dengan sempurna. Teknologi Hydrojet™ Self-Cleaning berputar 360 darjah dengan tekanan 1.5kg untuk menghilangkan kotoran degil, manakala DuoSpiral™ Brushes memastikan tiada rambut yang kusut. All-in-One Station dilengkapi 6 fungsi automatik termasuk self-empty, self-wash dan auto-detergent yang boleh beroperasi hands-free sehingga 75 hari. AI.See™ technology dengan pengenalan visual RGB boleh mengesan 200+ objek untuk elakkan halangan. CornerRover™ Arm pula memastikan coverage 100% termasuk sudut-sudut rumah. Harga sekitar RM3,300 memang premium, tetapi sangat la berbaloi dengan semua teknologi canggih yang ditawarkan. Ada budget lebih, boleh consider beli model yang tgh popular ni!




Robot Vacuum & Mop Terbaik Xiaomi Bawah RM1,800
- Kuasa sedutan 6000Pa dengan teknologi S-Cross™ untuk navigasi pintar dan mop berputar 180rpm untuk pembersihan menyeluruh.
- Base station all-in-one dengan auto dust collection, cuci pad mop dan tangki air 4L untuk kemudahan maksimum.
- Kawalan pintar melalui aplikasi Xiaomi Home serta sokongan Google Home & Alexa, memudahkan urusan pembersihan harian.
Xiaomi Smart Robot Vacuum & Mop X20+ ni antara model robot vacuum Xiaomi yang bagus dalam kategori harga mid-range. Dengan kuasa sedutan 6000Pa yang power, robot ni mampu sedut habis debu, rambut dan kotoran dari sudut-sudut sukar dicapai. Yang paling best, stesen semua-dalam-satu dia boleh auto collect dust, cuci mop pad sendiri dan ada tangki air 4L yang besar. Teknologi S-Cross™ dengan LDS laser navigation memastikan pergerakan tepat sambil elak halangan dengan smooth. Mop function berputar 180rpm untuk buang stain degil, plus boleh angkat mop automatik bila jumpa carpet. Compatible dengan Google Home dan Alexa untuk kawalan suara. Dengan jaminan rasmi 1 tahun, memang worth investment untuk smart home korang!

Robot Vacuum Premium Terbaik Dreame dengan Fungsi Warm Mop



Apa Itu Robot Vacuum
Robot vacuum ialah peranti pembersihan automatik yang direka untuk menyedut habuk, kotoran, dan serpihan dari lantai tanpa campur tangan manusia. Ia menggunakan kombinasi berus, motor sedutan, dan sistem navigasi pintar untuk membersihkan rumah anda.
Kelebihan Utama Robot Vacuum berbanding Vacuum Biasa
- Jimat masa dan tenaga – biarkan robot cleaner bekerja sendiri sementara anda fokus pada aktiviti lain
- Pembersihan konsisten – jadualkan pembersihan harian untuk rumah yang sentiasa bersih
- Boleh mencapai kawasan sukar – kebanyakan model boleh masuk bawah perabot
- Sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan – menangani masalah bulu haiwan dengan efektif
- Fungsi 2-dalam-1 – banyak model robot vacuum and mop yang boleh vakum dan mop serentak
- Boleh dijadualkan – tetapkan jadual pembersihan mengikut keperluan anda
Tips Sebelum Membeli Robot Vacuum
- Ukur ketinggian perabot anda – Pastikan robot vacuum boleh masuk di bawah katil, sofa dan meja
- Kenal pasti jenis lantai – Berbeza jenis lantai memerlukan ciri berbeza
- Sediakan rumah sebelum penggunaan pertama – Kemas kabel, alih barang kecil, dan pastikan laluan yang jelas
- Pertimbangkan kos penyelenggaraan – Berus, filter, dan aksesori perlu diganti secara berkala
- Periksa ketersediaan alat ganti – Pastikan jenama mempunyai sokongan perkhidmatan di Malaysia
Kesimpulan
Selain Vacuum Cordless, robot vacuum cleaner telah menjadi pembantu rumah yang penting dalam kehidupan moden. Dengan pelbagai pilihan dari robot vacuum murah hingga model premium dengan fungsi robot vacuum and mop, ada pilihan yang sesuai untuk setiap rumah dan bajet.
Pertimbangkan faktor-faktor penting seperti jenis lantai, saiz rumah, dan keperluan khusus anda sebelum membuat keputusan. Best robot vacuum untuk jiran anda mungkin bukan yang terbaik untuk rumah anda!
Semoga panduan ini membantu anda membuat pilihan yang bijak dan betul! Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan dan keluarga jika bermanfaat.
Soalan Lazim
Berapa lama bateri robot vacuum boleh tahan?
Boleh ke robot vacuum bersihkan karpet tebal?
Berapa harga robot vacuum murah yang berkualiti?
Kongsi artikel ini?