Top 14 Jenama Kuali Non-Stick Terbaik 2026 (Yang Selamat)

gambar jenama kuali non-stick terbaik
Masak dengan lebih selamat dan sihat

Alat masak ni adalah perkara penting dalam setiap dapur, dan pilihan jenis yang betul boleh memberi kesan besar pada pengalaman memasak anda. Bukan selalu kita beli periuk dan kuali masak ni kan? So sebelum memilih dan membeli periuk dan kuali masak tu, pastikan pilih yang sesuai dan selesa pakai ok?

Ada banyak jenis kuali dan periuk non stick ni. Kami senaraikan kat sini 14 jenama kuali non-stick terbaik dan jenis periuk non-stick terbaik di pasaran Malaysia sekarang – yang berkualiti dan berbaloi untuk korang beli.

Baca Juga:

Cara Memilih Kuali Yang Bagus

Bahan

Sebagai pengguna, kita kena tahu apa yang kita guna dalam dapur, terutamanya bila bab periuk dan kuali ni. Antara cara memilih kuali yang bagus adalah dengan memastikan bahan yang digunakan untuk pembuatan kuali tersebut. Kena cari kuali yang tidak merbahaya bagi kesihatan dan yang ada label ‘bebas PFOA’ untuk pastikan kita masak dengan selamat dan tak terdedah pada risiko kesihatan. Industri periuk masak dah banyak berubah, jadi ada banyak pilihan periuk masak yang lebih baik dan selamat untuk kita dan keluarga.

Ada banyak pilihan kuali non-stick terbaik di pasaran dengan pelbagai pilihan bahan. Antara alternatif lain bagi bahan peralatan memasak atau kuali yang lebih selamat dan tidak bahaya untuk kesihatan jangka masa panjang adalah seperti berikut,

  • Seramik
  • Brass
  • Cast Iron
  • Glass (corning ware)
  • Bronze
  • Claypot
  • Granite
  • Enamel

Baca disini untuk info lanjut tentang apa it PFOA FREE dan bahaya bahan ini pada pembuatan kuali non stick.

Fungsi

Fikirkan tentang kegunaan utama peralatan memasak dan kesesuaiannya dengan jenis dapur anda. Ada sesetengah jenis kuali dan periuk tidak sesuai digunakan pada sesetengah jenis dapur. Sebagai contoh, ada kuali dan periuk yang tidak boleh digunakan pada dapur jenis infrared atau dapur elektrik. Jadi pilih dengan betul.

Saiz

Saiz juga memainkan peranan. Pilih saiz yang sesuai dengan keperluan memasak anda dan juga saiz keluarga anda. Memiliki kuali non stick dengan pelbagai saiz dapat memenuhi pelbagai resipi dan saiz hidangan masakan anda.

Kandungan Artikel

Kongsi artikel ini :

Kuali Non-Stick Terbaik, Bestseller & Popular

Senarai Kuali Non-Stick Terbaik 2026 di Malaysia

Best Selling
1
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Kuali Non Stick jenis Wok terbaik Simplus

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale

Ada penutup kaca dan pemegang kayu anti-slip dan tidak panas. Ada 2 pilihan saiz : 24cm & 28cm. Ada penutup kaca dan pemegang kayu anti-slip dan tidak panas. Ada 2 pilihan saiz : 24cm & 28cm. Ada penutup kaca dan pemegang kayu anti-slip dan tidak panas. Ada 2 pilihan saiz : 24cm & 28cm. Ada penutup kaca dan pemegang kayu anti-slip dan tidak panas. Ada 2 pilihan saiz : 24cm & 28cm.

Review penuh
Review Bagus
2
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Non-Stick Ceramic Pan

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale

Kalau cari ceramic non-stick frying pan harga mesra poket, ceramic pan dari jenama Ecowin ni antara pilihan bijak. Jenama Ecowin ini juga antara jenama cookware yang selamat digunakan. Diperbuat dari bahan berkualiti mesra alam dan bersifat anti-bakteria – Ecowin ceramic pan ni juga boleh menjimatkan penggunaan minyak ketika memasak, dan juga senang nak dicuci bila dah digunakan. Ada 4 variasi pilihan saiz, dari 20cm, 24cm, 26cm dan 28cm – sesuai untuk goreng sayur, masak gulai atau pun buat goreng-goreng ayam dan ikan. Dari segi rekabentuk, pemegangnya diperbuat dari kayu dan selesa untuk dipegang. Disertakan juga bersama penutup kuali tempered glass. Ecowin ceramic pan ini juga tidak mengeluarkan bahan kimia merbahaya apabila digunakan pada suhu tinggi. Rekabentuk cantik, selesa nak guna dan bebas bahan kimia! Best kan?

Review penuh
Review Bagus
3
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Ceramic Non Stick Frying Pan

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale

Korang nak naik taraf peralatan dapur? Jeetee Purity Collection Ceramic Non Stick Frying Pan mungkin pilihan terbaik. Kuali ini, diperbuat daripada titanium import, memastikan ketahanan dan pengedaran haba yang sekata. Tambahan pula, teknologi lapisan seramik anti-lekat bebas PFOA/PFOS membolehkan Anda memasak dengan minyak yang minimum — senang dan sihat! Tersedia dalam beberapa saiz termasuk 24cm, 28cm dan versi Deep Frying Pan bersaiz 28cm berkapasiti 4.2L, sesuai untuk hidangan keluarga 3-5 orang. Selain itu, kuali ini sesuai dengan pelbagai jenis dapur seperti induksi, gas, inframerah dan elektrik, jadi tiada masalah untuk rekaan dapur moden. Paling best, waranti 1 tahun dan jaminan pulangan 30 hari turut disediakan, jadi korang boleh masak tanpa risau. Pastinya sebuah pelaburan berguna buat sesiapa yang gemar memasak atau memerlukan kuali serba boleh yang tahan lama! Ringan untuk dikendalikan, kuali ini juga mudah disimpan dan tidak memakan ruang, menjadikannya peneman ideal bagi aktiviti memasak harian.

Review penuh
Best Selling
4
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Granite Frying Pan Jeetee Terbaik

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale

Jeetee ni antara jenama peralatan memasak yang popular dalam pasaran Malaysia sekarang. Salah satu produk yang popular dari Jeetee adalah JEETEE Non Stick Granite Frying Pan ni. Dari sudut rekabentuk, memang cantik dan ringkas. Ada banyak pilihan saiz, mengikut kesesuaian penggunaan anda di rumah. Model ni menggunakan teknologi dari Jerman – yang lebih jimat minyak ketika menggoreng, senang dibasuh dan cuci serta yang paling best, ianya boleh digunakan pada semua jenis dapur tak kira dapur anda jenis elektrik, gas, infrared, induction ataupun dapur seramik. Pemegangnya diperbuat daripada kayu, dengan coating granite non-stick setebal 5mm. Ada juga pilihan untuk beli bersama penutup atau pun hanya kuali non-stick ini saja. Harga pun sangat-sangat berbaloi dengan kualiti yang ada!

Review penuh
Rating Tinggi
5
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Kuali Non-Stick Tefal Jenis Wok dengan penutup

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale

Kuali non stick Tefal ni ada banyak jenis dan siri keluaran. Bezanya pada jenis bahan salutan (coating) pada kuali dan periuk tersebut dan juga bahan yang digunakan untuk membuat pemegang kuali serta penutup kuali. Ada yang dari stainless steel, titanium, aluminium, granite marble & mineralia non-stick coating. Antara model yang berbaloi beli dengan harga yang mampu milik adalah model ini, Tefal Cook & Clean Series. Tefal Cook & Clean Non-Stick Wokpan ni kuali non stick Tefal jenis Wok. Kuali Wok ni adalah jenis kuali yang sedikit melengkung ke dalam dan sesuai untuk masakan goreng, berkuah dan sup. Model ini datang dengan pemegang yang tidak panas apabila digunakan dan juga berserta dengan penutup kaca. Kuali Tefal ini antara model kuali non stick yang ringan keluaran jenama Tefal. Boleh digunakan pada semua jenis dapur masakan kecuali dapur jenis Induction. Ianya boleh juga dicuci menggunakan mesin pencuci pingan (dishwasher). Tefal Cook & Clean Series ini juga mempunyai 2 variasi kuali lain jenis Fry Pan bersaiz 20cm dan 28cm. Harganya pun tidak terlalu mahal dengan kualiti yang anda dapat. Model kuali ini sangat berbaloi untuk pakai lama!

Review penuh
Review Bagus
6
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Kuali Marble Anti-Lekat Murah

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale

Kuali marble anti-lekat Sunhouse SBD ni memang pilihan tepat untuk korang yang nak masak dengan mudah dan selamat. Diperbuat daripada aluminium die-cast berkualiti tinggi dengan teknologi monolithic casting dari Korea, kuali ni memberikan pemanasan yang cepat dan sekata untuk jimat masa masak. Salutan 3 lapisan marmar Whitford dari Amerika memastikan masakan tak melekat walaupun guna minyak minimum, sesuai untuk gaya hidup sihat. Yang best, kuali ni bebas PFOA jadi lebih selamat untuk kesihatan keluarga. Dengan harga bawah RM50, kami rasa memang berbaloi untuk kualiti dan teknologi yang ditawarkan. Senang dibersihkan dan tahan lasak untuk kegunaan harian, menjadikan ia upgrade yang bijak untuk dapur korang.

Review penuh
Best Selling
7
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Kuali Non Stick Tefal Jenis Fry Pan

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale
Best Selling
8
✅ 6.6 Mega Sale Sekarang - Harga Lebih Jimat!

Kuali Batu Granite Non-Stick

Ringkasan Produk Ini
Check Harga Diskaun 6.6 Sale

Untuk korang yang suka kuali non stick jenis batu, model Carote Essential Woody Non-Stick Maifan Stone-Coated Frying Pan ni antara yang popular dan tinggi ratingnya online. Diperbuat dari kombinasi lapisan Maifan Stone granite dan die-cast Aluminium, kuali non stick batu ni agak solid dan padat. Rekaannya sedikit berat tetapi tahan lasak. Kuali ini sesuai digunakan pada semua jenis dapur kecuali oven. Jangan masuk oven pula ya, nanti mungkin boleh retak sebab materialnya tidak begitu sesuai untuk oven. Pemengang kuali ini diperbuat dari kayu yang sedikit melengkung – agar ianya mudah untuk dipegang ketika memasak. Ianya bebas dari bahan PFOA – jadi ianya dikategorikan sebagai kuali non-stick yang selamat digunakan dan tidak memudaratkan kesihatan. Ada 4 pilihan saiz kuali, dengan warranty dari Carote selama 1 tahun, dan 15 hari pemulangan jika ada apa-apa kerosakan atau kecacatan bila barang sampai rumah nanti. Dari segi harga, sangat berbaloi untuk kuali non-stick batu macam ni.

Review penuh
carote icecream non stick stir-fry deep fry wok
9
Rating Tinggi

Periuk Non Stick Carote Jenis Wok

Check Harga Diskaun 6.6 Sale di
russell taylors non-stick fry pan marble coated
10
Best Selling

Kuali Non Stick Granite Marble

Check Harga Diskaun 6.6 Sale di
dafeike maifan stone coating non stick wok frying pan (32cm)
11
Rating Tinggi

Kuali Wok Non Stick Maifan Stone

Check Harga Diskaun 6.6 Sale di
innerwell non stick frying pan - pink
12
Best Selling

Kuali Non-Stick Murah Jenis Aluminium

Check Harga Diskaun 6.6 Sale di
ecowin cookware sky blue series non-stick coating saucepan (16cm)
Check Harga Diskaun 6.6 Sale di
swissthomas high end cobblestone white non-stick pan
Check Harga Diskaun 6.6 Sale di

Apa maksud Kuali Non-Stick ni?

Kuali non stick ataupun kuali anti-lekat ini adalah sejenis kuali memasak yang mempunyai lapisan (coating) pada permukaan dan dasar kuali, yang membuatkan makanan yang dimasak tidak melekat pada kuali tersebut. Secara amnya, lapisan-lapisan ini terdiri daripada pelbagai pilihan bahan, antaranya adalah dari lapisan silikon, batu granite, seramik, aluminium dan banyak lagi.

Jenis-Jenis Kuali Non-Stick

Secara umumnya, ada 6 jenis kuali non stick ni dekat pasaran Malaysia. Anda boleh bandingkan enam jenis kuali dan periuk non stick ini berserta kegunaannya dalam memasak:

  1. Kuali Goreng (Fry Pan):
    • Bagus untuk tumis, goreng, dan masak cepat.
    • Biasanya nipis/cetek dengan tepi condong, memudahkan untuk membalik makanan.
    • Ada dalam pelbagai bahan seperti keluli tahan karat, anti-lekat, dan besi cor.
  2. Kuali Goreng Dalam (Deep Fry Pan):
    • Sesuai untuk menggoreng makanan dalam kuantiti minyak yang lebih banyak.
    • Rekabentuk sama seperti Fry Pan, cuma bahagian sisi kuali ini lebih tinggi dan sedikit dalam.
    • Memastikan masakan yang rata dan tekstur yang rangup.
  3. Kuali Wok (Wok Pan):
    • Sesuai untuk stir-frying, goreng dalam jumlah besar, dan masak cepat pada suhu tinggi (biasanya digunakan di kedai makan untuk menggoreng nasi, mee dan menu cepat masak)
    • Berbanding dengan Fry Pan, beza Fry Pan dan Wok Pan ni biasanya Wok Pan bersisi tinggi dan condong – memudahkan untuk mengacau dan mencampur.
    • Memastikan pembahagian haba yang rata, penting untuk mencapai cita rasa yang diinginkan dalam masakan Asia.
  4. Periuk Sos (Sauce Pan/Pot):
    • Bagus untuk membuat sos, sup, dan mendidihkan masakan cecair.
    • Biasanya dilengkapi dengan penutup dan lebih dalam berbanding periuk sos biasa.
    • Ada dalam bahan seperti keluli tahan karat, aluminium, dan tembaga.
  5. Periuk Susu (Milk Pot):
    • Lebih kurang macam Sos Pot, sesuai untuk memanaskan susu/cecair berkuah, membuat sos, dan memanaskan cecair dalam jumlah kecil.
    • Biasanya dilengkapi dengan pemengang panjang dan sisi periuk mempunyai muncung tuang untuk memudahkan menuang.
    • Ada dalam pelbagai saiz, sesuai untuk pelbagai tugasan dapur.
  6. Periuk Kaserol (Casserole):
    • Alat masak serba boleh untuk membakar, mereneh, memanggang, dan memasak perlahan.
    • Memiliki sisi yang tinggi dan penutup yang rapat untuk mengekalkan kelembapan/kehangatan.
    • Diperbuat dari pilihan bahan seperti seramik, besi cor, dan keluli tahan karat.

 

Tips & Cara Penjagaan Kuali Non-Stick

  1. Gunakan Alat Masak Lembut: Elakkan memakai senduk besi. Pakai senduk kayu atau spatula plastik supaya tak merosakkan permukaan kuali.
  2. Hindari Bahan Kasar: Jangan gunakan span besi yang kasar untuk mencuci dan membasuh kuali anda. Gunakan kain lap atau span lembut untuk mengelakkan kuali anda dari tercalar dan permukaan kuali terhakis.
  3. Simpan Dengan Bijak: Jangan tindih kuali non stick anda sehingga ia bergesel dengan kuali-kuali yang lain, pastikan penyimpanan yang betul.
  4. Jaga Tahap Penggunaan Api: Jangan biarkan kuali kosong atas api panas, elakkan api terlalu besar. Bila tengah masak, gunakan api yang sederhana sahaja.
  5. Jangan Cuci Terus Selepas Masak: Elakkan cuci terus selepas masak. Kalau ada sisa kering, rendam dulu biar sejuk, baru cuci dengan span yang lembut.
  6. Periksa dan Ikut Panduan: Selalu periksa kuali untuk goresan atau kerosakan, dan ikut panduan penggunaan yang disertakan oleh pembuat kuali.

Dengan ikut tips ni, kuali non stick anda boleh tahan lama dan tak cepat rosak. Jom praktikkan!

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pemilihan kuali yang bagus untuk kesihatan jangka masa panjang dan bersesuaian ini bergantung pada keperluan dapur dan cara memasak anda. Jenama kuali juga antara faktor utama yang perlu diberi perhatian. Antara jenama kuali non-stick terbaik, dan berkualiti di pasaran Malaysia sekarang adalah;

  • Carote
  • Ecowin Cookware
  • Tefal
  • Jeetee
  • Dafeike
  • Innerwell
  • Simplus
  • Dessini Italy
  • Redchef
  • Russell Taylors
  • Sunhouse
#Brands

Kongsi artikel ini?

Lihat Review Lain
Resepi Popular