Top 8 Baby Food Processor Terbaik 2026 (Selamat & Kualiti)
- Review oleh ResipiKita
- Update : May 2026

Apa itu Pengisar Makanan Bayi?
Pengisar makanan bayi, atau lebih dikenali sebagai baby food processor, adalah alat yang direka khas untuk memudahkan ibu bapa menyediakan makanan segar dan resipi berkhasiat untuk si kecil. Alat ini membolehkan anda mengisar, mengukus, dan kadangkala memanaskan semula makanan bayi dengan mudah dan cepat.
Memilih pengisar makanan bayi yang berkualiti adalah penting kerana ia bukan sahaja mempengaruhi kualiti makanan yang disediakan, tetapi juga keselamatan bayi anda. Selain itu, anda dapat menyesuaikan tekstur makanan mengikut peringkat perkembangan bayi anda, dari puree halus hingga makanan yang lebih kasar apabila bayi anda semakin membesar. Pengisar yang baik akan memastikan makanan diproses dengan selamat dan mengekalkan nutrisi penting untuk perkembangan optimal bayi anda.
Jenis-Jenis Pengisar Makanan Bayi
Pengisar Manual
Kelebihan:
- Lebih murah
- Tak perlu elektrik, bagus untuk dibawa ketika berjalan
- Mudah dikawal untuk buat makanan dalam kuantiti kecil
Kekurangan:
- Perlukan lebih tenaga dan masa
- Sukar dapatkan tekstur yang sangat halus
- Tak sesuai untuk buat makanan banyak
Pengisar Elektrik
Kelebihan:
- Cepat dan senang guna
- Boleh buat makanan dalam kuantiti besar
- Ada pelbagai fungsi tambahan
- Boleh buat tekstur lebih halus dan konsisten
Kekurangan:
- Lebih mahal
- Perlukan elektrik
- Mungkin lebih susah nak cuci
Juga Popular:
Panduan Beli Pengisar Makanan Bayi
Faktor yang perlu difikirkan sebelum membeli:
- Bajet: Tetapkan bajet dan cari pengisar yang terbaik dalam julat harga anda.
- Penggunaan: Jika nak guna hari-hari, mungkin berbaloi beli model yang lebih mahal dengan fungsi-fungsi tambahan lain.
- Ruang dapur: Fikirkan ruang yang ada di dapur dan pilih saiz dan rekabentuk yang sesuai.
- Umur bayi: Pastikan pengisar boleh sesuaikan tekstur makanan dengan umur bayi.
- Keselamatan: Cari pengisar dengan ciri keselamatan, seperti kunci keselamatan dan bahan bebas BPA dan kimia serta bahan tahan lama seperti keluli tahan karat.
- Mudah dicuci: Pilih pengisar yang bahagian-bahagiannya senang ditanggalkan untuk memudahkan pembersihan dan elak bakteria.
Tips memilih pengisar:
- Baca ulasan pengguna untuk tahu prestasi sebenar produk.
- Pertimbangkan jaminan dan servis lepas jualan.
- Kalau ada lebih dari satu anak, pilih pengisar dengan kapasiti besar.
- Kalau selalu travel, pertimbangkan pengisar mudah alih atau manual tambahan.
Kongsi artikel ini :
Senarai Baby Food Processor Terbaik 2026 di Malaysia




Best Premium Baby Food Processor
- Kapasi besar 1000ml membolehkan masak hingga 4 hidangan sekaligus, jimat masa untuk ibu bapa sibuk.
- Teknologi stim unik ke atas mengekalkan nutrien dan tekstur makanan bayi dengan berkesan tanpa rosak khasiat.
- Fungsi 4-dalam-1 steam, blend, defrost dan reheat dalam satu bekas, mudah guna dan jimat ruang dapur.
Philips Avent 4-in-1 Baby Food Maker SCF883/02 adalah mesin makanan bayi serba boleh yang memudahkan anda sediakan hidangan berkhasiat di rumah. Dengan kapasiti 1000ml dan kuasa 400W, ia membolehkan anda mengukus, mengisar, mencairkan beku dan memanaskan semula dalam satu bekas. Teknologi “upward-steaming” memastikan wap tersebar rata, mengekalkan nutrien dan tekstur bahan tanpa merosakkan khasiat. Reka bentuk kompak, jar lutsinar dan dial kawalan memudahkan pemantauan dan tetapan fungsi. Beep alert pula memberitahu anda apabila makanan sudah cukup masak. Bekas dan bilah boleh dicuci dalam mesin basuh pinggan mangkuk, manakala tangki air yang mudah diakses membolehkan anda isikan air bersih setiap kali memasak. Semua ini ditawarkan pada harga premium bawah RM700.




Food Processor Baby dengan Digital Panel bawah RM300
- Kapasiti 350ml dengan 6 mod masakan automatik untuk pelbagai jenis makanan bayi.
- Skrin sentuh digital dan fungsi keselamatan untuk penggunaan yang mudah dan selamat.
- Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, termasuk gelas borosilikat yang tahan lama dan mudah dibersihkan.
Baby food blender dari jenama Malish ni pula datang dengan pelbagai mod penggunan yang mudah dan senang nak digunakan. Dengan 6 mod automatik untuk sayur, daging, ikan, nasi, buah-buahan, dan kukus, anda boleh buat macam-macam jenis makanan bayi dengan senang. Skrin sentuh digitalnya memudahkan operasi, dan fungsi keselamatan memastikan penggunaan yang selamat. Bakul kukusnya diperbuat daripada kaca borosilikat berkualiti tinggi, dan datang dengan spatula kreatif untuk mencedok makanan dengan bersih. Malah, anda boleh masukkan beras basah terus ke dalam mesin untuk membuat bubur nasi tanpa bahan tambahan. Dengan kapasiti 350ml dan reka bentuk yang kompak, ia sesuai untuk semua dapur!



Pengisar makanan bayi bawah RM300
- Kapasiti yang ideal - mixing cup 400 ml dan steaming basket 70 g - 150 g.
- Multifungsi - blender, steamer, pemanas, dan pencairan dalam satu alat.
- Reka bentuk unik: bakul kukus boleh terbalik yang dipatenkan untuk pemanasan makanan yang lebih sekata.
Model blender makanan bayi Boboduck 4-in-1 F9005 ini antara model food processor bayi yang popular dari jenama Boboduck. Ianya datang dengan 4 fungsi asas seperti blender, steamer, pemanas, dan pencairan – yang dapat menjadikan proses penyediaan makanan bayi sangat mudah dan cepat. Yang best, bakul kukusnya boleh terbalik – lepas kukus, putar je bakul tu dan terus boleh kacau makanan tanpa buka penutup. Senang, kan? Bilah keluli tahan karat yang boleh tanggal pula senang nak bersihkan. Dengan kapasiti yang besar dan bahan premium, alat ni memang value for money untuk keluarga muda. Jangan lupa, ada jaminan setahun untuk pasaran Malaysia!



Food Processor Murah Jenama Bear
- Kapasiti berganda 0.6L x 2 sesuai untuk penyediaan makanan bayi dalam kuantiti kecil.
- Dilengkapi dengan pemotong Cyclone 3 bilah untuk pencincangan yang halus dan sekata.
- Gelas tebal 6mm yang tahan lama dan mudah dibersihkan.
Dengan kapasiti 1.2 liter, korang boleh sediakan makanan dalam jumlah yang mencukupi untuk si kecil. Ciri unik pemotong Cyclone 3 bilah memastikan setiap potongan adalah halus dan sekata, menjadikan makanan lebih mudah dihadam. Gelas yang tebal 6mm bukan sahaja tahan lama tetapi juga memudahkan proses pembersihan selepas digunakan. Dengan motor tembaga 200W yang cekap, mesin ini beroperasi dengan senyap dan stabil. Tambahan pula, produk ini dilengkapi dengan jaminan satu tahun dan sijil SIRIM, menjadikannya pilihan yang selamat dan berkualiti untuk dapur anda.




Baby Food Blender Murah Terbaik
- Kapasiti jug 300ml dan dibuat daripada bahan yang selamat dan tidak toksik.
- 5 fungsi dalam 1 alat: Kukus, Kisar, Panas Semula, Nyahbeku, dan Steril - menjimatkan ruang dapur dan masa.
- Panel sentuh digital pintar dengan paparan LED untuk operasi mudah satu sentuhan.
Cantikkan design blender bayi ni? Model dari SamuGiken ni datang dengan 5 fungsi dalam satu alat. Anda boleh mengukus, mengisar, memanaskan semula, mencairkan, dan mensteril semua dalam satu masa! Reka bentuknya yang kompak dan stylish menjadikannya sesuai untuk dapur moden dan mudah dibawa ke mana-mana. Panel sentuh digitalnya yang intuitif memudahkan penggunaan, dan dengan kapasiti jug 300ml, ia cukup untuk menyediakan makanan untuk si kecil. Ditambah pula, bahan yang digunakan adalah BPA-free dan selamat, jadi Anda tidak perlu risau tentang keselamatan. Dengan jaminan 2 tahun, ini adalah pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan dan kebahagiaan bayi!



Kesimpulan
Memilih pengisar makanan bayi yang tepat adalah langkah penting dalam memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk si kecil anda. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti reka bentuk, fungsi, bahan pembinaan, dan kemudahan pembersihan, anda dapat membuat pilihan yang bijak dan sesuai dengan keperluan keluarga anda. Berikut adalah senarai harga baby food processor mengikut kategori,
Mampu Milik dan Murah (Harga Bawah RM200):
- Kategori ini menawarkan pilihan yang mesra bajet, sesuai untuk ibu bapa yang ingin berjimat tetapi tetap mahu menyediakan makanan bayi yang sihat.
- SwissThomas 4-in-1
- Bear Double Cup Glass BBC2-G12L
- SwissThomas BPA Free BFP-5800M
- Samu Giken 5-in-1 Smart Digital BFP20PG
Pertengahan (Harga Bawah RM400):
- Dengan gabungan harga berpatutan dan pelbagai fungsi, pilihan dalam kategori ini memberikan alat yang tahan lama dan serbaguna untuk kegunaan harian.
- Malish Smart Multi-Functional Baby Food Processor
- Boboduck 4-in-1 F9005
- Uringo Baby Food Blender
Premium (Atas RM400):
- Sesuai untuk ibu bapa yang mahukan alat terbaik dengan fungsi canggih dan prestasi unggul, pilihan premium direka untuk penggunaan kerap dan penyediaan makanan bayi berkualiti tinggi.
- Philips Avent 4-in-1 Baby Food Maker SCF883/02
Ingatlah bahawa pengisar makanan bayi yang terbaik adalah yang memenuhi keperluan khusus anda dan bayi anda. Sama ada anda memilih model premium dengan pelbagai fungsi atau pengisar yang lebih ringkas, yang penting adalah ia memudahkan anda menyediakan makanan yang segar dan berkhasiat untuk bayi anda.
Soalan Lazim
Apakah umur sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
Berapa lama makanan boleh disimpan selepas diproses?
Adakah semua pengisar makanan bayi sesuai untuk semua jenis makanan?
Kongsi artikel ini?