Resepi Siakap Goreng Ala Thai Khairulaming
- Last update : 13 September 2024
Resepi Siakap Goreng ala Thai Khairulaming ini memang satu resepi ikan yang simple dan sedap penuh rasa. Ikan siakap di goreng crispy, makan dengan sos thai yang penuh rasa pedas, masam, manis dan beraroma.
Masakan Thai memang terkenal dengan sos thai yang pedas manis. Sos thai yang akan kita buat ni juga buka saja boleh guna makan dengan ikan macam ni je, tapi boleh juga nak gantikan ikan ni dengan ayam goreng crispy.
Keistimewaan resepi ini terletak pada gabungan rasa masam, manis, dan sedikit pedas dari sos yang disiram atas ikan siakap yang baru digoreng. Sangat sesuai disajikan sebagai menu berbuka puasa dan makan malam ringkas. Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!
Share Resipi Ini :
Bahan-bahan Siakap Goreng Ala Thai
Cara Masak Siakap Goreng Ala Thai Khairulaming
Mula-mula sekali ambil ikan siakap yang dah siap siang bersih tu, lumurkan dengan garam sikit. Tambahkan tepung jagung ataupun tepung beras bersama dengan serbuk kunyit. Lumurkan dan gaul semuanya biar rata. Biarkan ikan diperap sekejap.
Untuk sos, ambil satu biji bawang merah besar dan 6 ulas bawang putih, cincang halus. Ambil 2 batang serai dan halia, juga dihiris nipis. Kemudian tumis sekejap ke semua bahan ini.
Kemudian masukkan 1 cawan sos cili thai, 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos ikan dan 1 sudu kecil gula. Kacau sebentar sehingga mendidih.
Setelah mula mendidih, masukkan air tepung jagung sedikit untuk menambah kepekatan sos. Kacau sekejap dan padamkan api.
Kemudian, masukkan 8 biji cili padi yang sudah ditumbuk, 4 helai daun limau purut yang dihiris nipis dan perahkan 3 biji limau nipis (boleh adjust ikut masam yang anda suka). Kemudian masukkan daun ketumbar. Kacau.
Last sekali, ikan yang dah diperap tadi tu, gorengkan dengan minyak panas. Angkat bila ikan siakap tu dah nampak warna keperangan.
Tuangkan sos yang kita buat tadi ke atas ikan dan ikan siakap goreng ala thai siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba!
Baca Juga :
Tips Memasak
Nak buat Siakap Goreng ala Thai Khairulaming ni, pastikan ikan siakap tu dikeringkan betul sebelum digoreng. Ini penting tau, sebab nak pastikan ikan tu garing sesuai dengan teksturnya yang lembut di dalam. Untuk sos Thai yang mantap, jangan skip mana-mana bahan ya. Setiap bahan tu penting untuk rasa yang seimbang - masam, manis, pedas. Ingat, kena rajin rasa sos tu semasa memasak untuk pastikan rasa dia cukup kick. Plus, hidangan ini memang terbaik kalau disajikan panas-panas. So, jangan buat awal sangat, biar fresh dari dapur terus ke meja makan!
On Sale
On Sale
Ada banyak pilihan saiz
Harga dari
Resepi ini adalah idea asal dari Khairulaming sendiri. Kami hanya sekadar berkongsi untuk panduan dan rujukan kita bersama.
Share Resipi Ini :