Cara-cara memasak Resepi Sambal Bilis
Popular
Sambal Bilis Pelbagai Guna

Resepi Sambal Bilis (Sedap & Pelbagai Guna)

Rating Resipi
5/5
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
10 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
25 minit
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
10 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
25 minit

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Resepi Sambal Bilis

  • 1.

    Bawang Besar Kisar (6 Sudu Besar)

  • 2.

    Cili Kering Kisar (8 Sudu Besar)

  • 3.

    Gula Melaka (2 Sudu Besar)

  • 4.

    Gula Perang/Putih (4 Sudu Besar)

  • 5.

    Garam (1-2 Sudu Besar)

  • 6.

    Asam Keping (1 Keping Saiz Sederhana)

  • 7.

    Ikan Bilis (Segenggam - rendam dan bilas dahulu)

  • 8.

    Bawang Siam (6-8 Biji)

  • 9.

    Belacan (Besar ibu jari atau lebih sedikit)

  • 10.

    Daun Pandan (2 Helai)

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    Stainless Steel Colander Basket
    Stainless Steel Colander Basket
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer

    Cara Buat Sambal Bilis (Sedap & Pelbagai Guna)

    1.

    Panaskan mintak, kena ingat minyak kena banyak tau untuk menumis ni. Jangan risau minyak terlebih takkan kacau rasa sambal ni. Lepas masak nanti boleh buang minyak yang terlebih tu.

    2.

    Bila minyak panas, masukkan bawang kisar dan cili kisar. Masa ni pastikan lebihan minyak dalam 2 inci dari keliling bahan tumis.

    3.

    Itu tandanya minyak cukup, kalau tak cukup boleh tambah masa ni. 3 - Kemudian masukkan terus bawang siam yang telah dihiris.

    4.

    Kita masukkan awal-awal sebab nak bagi dia betul-betul layu/lembik. Bawang banyak ni sedap tau. Bawang siam ni dia lebih sedap dari bawang rose dan sedikit mahal.

    5.

    Tumis sampai garing.

    6.

    Kemudian, masukkan gula, garam dan belacan. Tak perlu bakar pun takpe belacan tu. Pastikan bahan tumis tu tak hangit, masak je guna api kecik.

    7.

    Bila dah betul2 garing, masukkan air sedikit anggaran dalam 1/2 - 1 cawan macam tu? Dan masukkan asam keping.

    8.

    Tumis lagi sehingga dia betul2 pekat, kemudian masukkan daun pandan. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah dikopek dan dibasuh. Bila dah masukkan ikan bilis ni, tumis lagi dalam 10minit macam tu. Andaikata terlebih air, mintak bantuan buah keras ya.

    9.

    Sambil2 tu rasa lah cukup ke tidak manis atau masinnya. Nak selamat, letak sikit ajinamoto tu. Please guy, secukup rasa ke, sesedap rasa ke, pasti sedap ke tu semua MSG. Sama je macam ajinamoto. Jangan lebih2, berpada pada je cukup.

    10.

    Dah siap. Anggaran dalam 45 minit je untuk masak sambal ni.

    Tips Memasak

    Blend bawang dan cili tu jangan isi air banyak-banyak yer untuk elakkan dari sambal meletup-letup waktu tengah menumis.

    Best Selling

    On Sale

    Jeetee Non Stick Granite Frying Pan (24cm)
    JEETEE Non Stick Granite Frying Pan 24cm

    On Sale

    Jeetee Non Stick Granite Frying Pan (24cm)

    Teknologi Kuali Non-Stick German (5mm coating)

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM59
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !