Cara-cara memasak Resepi Roti Khurasan Khairul Aming
Popular
Roti Kurasan Khairul Aming

Resepi Roti Khurasan Khairul Aming (Rangup & Mudah)

Rating Resipi
Rated 5 out of 5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
12 bahan
Jumlah Masa:
35 minit
Hidangan Untuk:
4 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
20 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
12 bahan
Jumlah Masa:
35 minit
Hidangan Untuk:
4 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
20 minit

Resepi Roti Khurasan yang diinspirasikan oleh Abang Khairul Aming ini merupakan hidangan unik seperti burger yang dibalut dengan kulit popia. Dengan lapisan luar yang rangup dan inti daging yang padat dan berperisa, hidangan ini menjadi pilihan mudah dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga selepas tarawih atau sebagai makanan ringan. Resepi yang mudah dan cepat ini menawarkan gabungan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam yang pasti menggiurkan selera anda. Selamat mencuba!

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Roti Khurasan

  • 1.

    1 biji bawang holland

  • 2.

    5 ulas bawang putih

  • 3.

    200 gram daging cincang (frozen pun boleh)

  • 4.

    2 sudu serbuk kari

  • 5.

    1 sudu sos tomato

  • 6.

    1 sudu sos tiram

  • 7.

    2 sudu sos cili

  • 8.

    Air secukupnya

  • 9.

    Lada hitam (black pepper)

  • 10.

    Garam secukup rasa

  • 11.

    Serbuk perasa secukup rasa

  • 12.

    Roti burger

  • 13.

    Butter

  • 14.

    Kewpie mayo

  • 15.

    Cheese (pilihan)

  • 16.

    Kulit popia

  • Beli Bahan di Shopee 🛒
    Serbuk Lada Putih Thailand (70g)
    Serbuk Lada Putih Thailand (70g)
    🥣 Aksesori Dapur Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer

    Cara Masak Roti Khurasan Khairul Aming (Rangup & Mudah)

    1.

    Panaskan kuali dan tumis bawang holland serta bawang putih sampai wangi.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-1

    2.

    Masukkan daging cincang ke dalam kuali dan kacau rata.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-2

    3.

    Tambah serbuk kari, sos tomato, sos tiram, dan sos cili. Kacau lagi supaya semua bahan mesra.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-3

    4.

    Tuang air secukupnya supaya inti tak hangus. Kacau dan biar masak.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-4

    5.

    Masukkan lada hitam, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau hingga inti masak sempurna.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-5

    6.

    Sementara itu, potong roti burger kepada dua bahagian. Sapukan butter pada kedua-dua bahagian roti. Pada satu permukaan roti, sapukan Kewpie mayo.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-6

    7.

    Letakkan inti daging yang banyak di atas roti. Tambah sos cili di atas inti dan letakkan cheese jika suka.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-7

    8.

    Balut roti yang sudah diisi dengan kulit popia. Pastikan semua bahagian tertutup. Gunakan sedikit air untuk melekatkan kulit popia supaya tak bocor.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-8

    9.

    Panaskan minyak dalam kuali. Goreng roti yang sudah dibalut dalam minyak panas hingga garing dan keemasan.

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-9

    10.

    Angkat dan sedia untuk dihidang. Selamat menikmati!

    Roti-Khurasan-Khairul-Aming-10

    Tips Memasak

    Untuk buat Roti Kurasan yang sedap ni, pastikan anda gunakan daging cincang yang segar dan rempah yang cukup. Jangan takut untuk eksperimen dengan pelbagai sos, seperti sos cili atau sos tomato, untuk tambah kick pada rasa. Kalau nak roti lebih garing, panaskan kuali sebelum masukkan roti, dan jangan lupa flip sekejap-sekejap supaya masak rata. Roti ni paling best dimakan panas-panas, jadi siap-siapkan semua bahan dan masak dengan penuh kasih sayang! Selamat mencuba!

    Best Selling

    On Sale

    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)
    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)

    On Sale

    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)

    Swiss-certified Ceramic Coating

    Harga dari

    RM159

    Resepi Roti Khurasan Khairul Aming ini adalah resipi asal dari Abang Khairulaming sendiri. Kami hanya sekadar berkongsi semula untuk panduan bertulis dan rujukan memasak kita bersama.

    Resepi lain dari abang Kharul Aming:

    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Produk Popular

    Resipi Terkini

    Tips & Petua Dapur