Cara-cara memasak Puding-Karamel-Khairul-Aming
Popular
Caramel Puding Khairul Aming yang mudah & sedap

Resepi Puding Karamel Khairul Aming (Bertulis Lengkap)

Rating Resipi
Rated 5 out of 5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
8 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
45 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
8 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
45 minit

Dalam banyak-banyak resepi puding karamel ni, versi puding karamel Khairul Aming ni antara yang mudah faham dan senang nak buat tau. Puding karamel Khairul Aming (puding telur) yang menggabungkan lelehan karamel harum, tekstur gebu roti dan kelazatan krim keju creamy. Gabungan rasa karamel sedikit pahit dan manis adunan puding benar-benar memanjakan selera. Hasilnya puding lembut, licin dan tak melekat di sudu.

Sesuai dihidang selepas makan malam atau sebagai pencuci mulut istimewa berbuka puasa, resepi ni senang sangat nak buat – hanya kukus 45 minit guna api sederhana kemudian sejukkan dalam peti ais. Tak perlukan skill tinggi, cuma fokus masa buat karamel dan proses kukus supaya tekstur kekal halus. Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Puding Karamel Khairul Aming

  • 1.

    ½ cawan gula

  • 2.

    2 keping roti (buang bahagian keras tepi)

  • 3.

    2 cawan kremer sejat F&N

  • 4.

    4 biji telur

  • 5.

    ½ cawan kremer manis F&N

  • 6.

    ½ cawan krim keju

  • 7.

    1 penutup kecil esen vanila

  • 8.

    Sedikit garam

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper

    Cara Buat Puding Karamel Khairul Aming (Bertulis Lengkap)

    1.

    Pertama sekali, ambil ½ cawan gula dan masukkan ke dalam kuali. Cairkan gula tu tanpa kacau, just pusing-pusing kuali kiri dan kanan sampai gula tu cair sepenuhnya. Jangan tambah air, okay?

    Puding Karamel Khairul Aming

    2.

    Bila gula dah jadi karamel, tuang dengan hati-hati ke dalam loyang. Hati-hati sebab ia sangat panas!

    Puding Karamel Khairul Aming

    3.

    Ambil 2 keping roti, buang bahagian keras di tepi dan ketepikan.

    Puding Karamel Khairul Aming

    4.

    Dalam pengisar, masukkan 2 cawan kremer sejat F&N, roti yang dah dipotong, 4 biji telur, ½ cawan kremer manis F&N, ½ cawan krim keju, 1 penutup kecil esen vanila, dan sedikit garam.

    Puding Karamel Khairul Aming

    5.

    Kisar semua bahan tu sampai betul-betul sebati dan halus, jangan ada serdak-serdak.

    6.

    Tapis adunan tu dan tuang perlahan-lahan ke dalam loyang yang berisi karamel. Gunakan senduk untuk alas bahagian bawah supaya adunan tak jatuh terus ke dalam.

    Puding Karamel Khairul Aming

    Puding Karamel Khairul Aming

    7.

    Balut loyang tu dengan aluminium foil, pastikan rapat-rapat.

    Puding Karamel Khairul Aming

    8.

    Kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Jangan guna api besar sangat, nanti tekstur puding tak cantik.

    Puding Karamel Khairul Aming

    9.

    Bila dah siap dikukus, biarkan puding sejuk pada suhu bilik dulu.

    Puding Karamel Khairul Aming

    10.

    Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

    Puding Karamel Khairul Aming

    Tips Memasak

    Tips untuk buat puding karamel Khairul Aming ni, pastikan anda jaga suhu ketika buat karamel. Jangan biarkan karamel terlalu gelap, nanti rasa pahit pula. Semasa mengukus, tutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh ke dalam puding dan buatkan ia lembap. Selepas kukus, biarkan puding sejuk sekejap sebelum masukkan ke dalam peti ais, supaya tekstur dia lebih gebu dan sedap bila dimakan. Selamat mencuba!

    Recommended

    On Sale

    Bear Electric Food Steamer BFS-C60L (6L)
    Bear Electric Food Steamer BFS-C60L Periuk Kukus Elektrik (6L)

    On Sale

    Bear Electric Food Steamer BFS-C60L (6L)

    Kapasiti 6L dengan 2 tingkat - sesuai untuk keluarga kecil hingga sederhana.

    Harga dari

    RM189

    Resepi Puding Karamel Khairul Aming ini adalah resipi asal dari abang KhairulAming sendiri. Kami hanya sekadar berkongsi semula untuk panduan bertulis dan rujukan memasak kita bersama.

    Resepi lain dari abang Kharul Aming:

    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Produk Popular

    Resipi Terkini

    Tips & Petua Dapur