Cara-cara memasak Resepi Nasi Hujan Panas Simple - Resipikita.com
Simple
Nasi Hujan Panas Che Nom & Azie Kitchen

Resepi Nasi Hujan Panas (Confirm Jadi)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
14 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
5 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
30 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
14 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
5 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
30 minit

Senang je resepi nasi hujan panas ni. Cara masak nasi hujan panas ni lebih kurang macam masak nasi minyak jugak, tapi kalau tak ikut cara betul, nasi boleh jadi pelik warna, campur-campur jadi tak cantik, macam ‘selekeh’ gitu, tak cantik nanti. So harini kita nak kongsi sikit tips supaya nasi keluar warna cantik, sekata, dan lembut gittew. Ok jom kita tengok bahan resepi nasi hujan panas!

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Nasi Hujan Panas

  • 1.

    4 1/2 pot beras basmathi (Jenama faiza preboiled pack warna oren) - rendam beras selama 30 minit, basuh & toskan.

  • 2.

    1 biji bawang besar (dihiris nipis)

  • 3.

    2 biji bawang putih (dihiris nipis)

  • 4.

    2 inci halia (dihiris nipis)

  • 5.

    4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

  • 6.

    3 helai daun pandan (disiat-siat & disimpul)

  • 7.

    3 sudu besar minyak sapi (ghee) (guna 2 sb ghee + 1 sb planta)

  • 8.

    1 ketul kiub ayam

  • 9.

    2 pot full cream milk (boleh gantikan dengan susu cair)

  • 10.

    2 1/2 pot air

  • 11.

    Pewarna merah, kuning & hijau secukupnya

  • 12.

    Garam & perasa secukupnya

  • Beli Bahan di Shopee 🛒
    QBB Pure Ghee Minyak Sapi Tulen
    QBB Pure Ghee Minyak Sapi Tulen
    🥣 Aksesori Dapur Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Stainless Steel Colander Basket
    Stainless Steel Colander Basket
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer

    Cara Masak Nasi Hujan Panas (Confirm Jadi)

    1.

    Rendam beras basmathi selama 30 minit, basuh & toskan.

    2.

    Di dalam kuali, panaskan ghee. Apabila minyak telah panas, tumiskan 4 sekawan terlebih dahulu.

    3.

    Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga wangi.

    4.

    Masukkan daun pandan. Kemudian, masukkan kiub ayam.

    5.

    Masukkan beras basmathi.

    6.

    Masukkan full cream milk. Kemudian masukkan air.

    7.

    Masukkan garam dan perasa secukupnya (kiub ayam dah masin, so adjust ikut citarasa anda).

    8.

    Masak nasi sehingga hampir kering, tutup penutup periuk dan masak nasi sehingga masak.

    9.

    Setelah nasi kering, titiskan pewarna merah, kuning & hijau. Kemudian, kacau nasi sehingga nasi telah betul-betul kering. Nasi hujan panas kita siap!

    Tips Memasak

    Titis pewarna bila nasi telah betul-betul kering. Kalau nasi tak kering, warna akan bercampur. Gunakan sudu yg berlainan bg warna yg berlainan bg mengelakkan percampuran warna. Semasa titiskan warna, pastikan penjarakkan tidak terlalu dkt, nanti warna bercampur. Tunggu seketika setelah pewarna dititiskan supaya warna menyerap sepenuhnya ke dlm nasi. JGN kacau nasi ketika ini...nak nasi cantik kann...perlu byk bersabar. Setelah nasi telah betul-betul kering, baru kacau nasi hujan panas utk campurkan warna-warna tadi.

    Best Selling

    On Sale

    SwissThomas Multifunction Rice Cooker (3L)
    SwissThomas Multifunction Rice Cooker (3L)

    On Sale

    SwissThomas Multifunction Rice Cooker (3L)

    Teknologi Rendah Gula: Dengan 9 Program Masakan Pintar, mengurangkan gula dalam nasi untuk kesihatan yang lebih baik.

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM127
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !