Cara-cara memasak Resepi Nasi Goreng Daging ResipiKita
Simple
Nasi Goreng Daging Sedap

Resepi Nasi Goreng Daging (Padu)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
13 bahan
Jumlah Masa:
20 minit
Hidangan Untuk:
2 orang
Penyediaan:
5 minit
Memasak:
15 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
13 bahan
Jumlah Masa:
20 minit
Hidangan Untuk:
2 orang
Penyediaan:
5 minit
Memasak:
15 minit

Resepi nasi goreng daging kita kali ni simple je. Untuk bujang-bujang nak masak pun senang. Kalau ada daging lebih kat dalam peti sejuk rumah tu dalam setengah genggam pun dah boleh buat nasi goreng daging untuk 2 orang makan. Tambah cili padi sikit bagi pedas baru la padu. Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak nasi goreng daging ni.

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Nasi Goreng Daging

  • 1.

    Nasi Putih (jumlah sesuai untuk 1-2 hidangan)

  • 2.

    1 biji Bawang Merah Besar (jika mahu)

  • 3.

    2 ulas Bawang Putih

  • 4.

    2 biji Cili Padi

  • 5.

    2 biji Telur

  • 6.

    Daun Bawang (segenggam)

  • 7.

    Daging (200g potong kecil nipis - jumlah sesuai untuk 1-2 hidangan)

  • 8.

    Rempah sup atau serbuk kari secukupnya (optional)

  • 9.

    Sos Tiram (1 sudu besar)

  • 10.

    Sos Ikan (1 sudu kecil)

  • 11.

    Garam/perasa dan lada putih (secukupnya)

  • 12.

    Sayur Kailan (segenggam)

  • 13.

    Minyak sapi (secukupnya)

  • Beli Bahan di Shopee 🛒
    QBB Pure Ghee Minyak Sapi Tulen
    QBB Pure Ghee Minyak Sapi Tulen
    🥣 Aksesori Dapur Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper

    Cara Masak Nasi Goreng Daging

    1.

    Mula-mula sekali, tumis bawang putih, bawang merah (biasanya saya tak letak), daun bawang dan juga cili padi yang telah diketuk bersama.

    2.

    Kemudian masukkan telur, kacau sehingga garing. Pastikan api tidak terlalu besar ye.

    3.

    Kemudian masukkan daging, tabur sedikit rempah sup (tak letak pun tak apa), dan juga masukkan serbuk kari sedikit (bagi anda yang suka rasa kari).

    4.

    Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan dan juga perasa. Kacau rata.

    5.

    Masukkan nasi dan lada putih. Kacau dengan api sederhana. Kalau nampak kering, masukkan sedikit minyak lagi. Jika rasa tawar, masukkan sedikit lagi sos ikan / perasa atau kicap manis kalau suka.

    6.

    Kemudian masukkan sayur kailan tadi dan sedikit minyak sapi. Kacau sekejap, dan siap!

    Best Selling

    On Sale

    Jeetee Non Stick Granite Frying Pan (24cm)
    JEETEE Non Stick Granite Frying Pan 24cm

    On Sale

    Jeetee Non Stick Granite Frying Pan (24cm)

    Teknologi Kuali Non-Stick German (5mm coating)

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM59
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !