Logo-ResipiKita
Resepi Mee Bandung Muar Asli
Popular
Resepi Mee Bandung Asli Muar

Resepi Mee Bandung Muar (Asli Muar)

Rating Resipi
5/5
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
16 bahan
Jumlah Masa:
40 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
10 minit
Memasak:
30 minit
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
16 bahan
Jumlah Masa:
40 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
10 minit
Memasak:
30 minit

Selain buat Mee Goreng Basah, mee kuning ni biasanya banyak orang suka buat resepi Mee Bandung Muar. Kuah Mee Bandung Muar ni yang jadi penentu sedap ke tak. Kena pulak dengan telur dan udang, memang sedap kalau makan tu hirup kuah dia sampai licin kan?

Hari ni kita nak tengok apa bahan-bahan dan cara memasak Mee Bandung Muar yang asli resepi orang muar sendiri. Jom cuba!

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Resepi Mee Bandung Muar

1.
2 Paket Mee Kuning
2.
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
3.
1 labu bawang putih (diketuk)
4.
5 biji bawang merah
5.
½ cawan udang kering (direbus dengan secawan air)
6.
½ cawan udang hidup
7.
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
8.
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
9.
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
10.
Daun Bawang (dipotong kecil)
11.
¾ - 1 cawan gula pasir
12.
3 - 4 cawan air rebusan daging
13.
1 sudu makan sos tiram
14.
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
15.
Garam secukup rasa
16.
Minyak untuk menumis
Beli Bahan di Shopee 🛒
Gardenia Numee ResipiKita
Gardenia Numee (450g)
Sos Berperisa Tiram Mahsuri (510g x 3)
Sos Berperisa Tiram Mahsuri (510g x 3)
Aksesori Dapur Murah
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Portable Mini Wireless USB Chopper
Popular
12 Grids Eggs Storage Box
12 Grids Eggs Storage Box
Murah
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Stainless Steel Colander Basket
Stainless Steel Colander Basket

Cara Masak Mee Bandung Muar (Asli Muar)

1.

Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.

2.

Pijarkan sedikit minyak didalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.

3.

Masukkan sos tiram.

4.

Masukkan udang dan daging rebus.

5.

Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat.

6.

Untuk menghidang - resepi Mee Bandung Muar ni tak sedap dihidang banyak-banyak terus, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.

7.

Mula-mula ambil sedikit kuah dan rencahnya untuk satu orang makan. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

8.

Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.

9.

Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. Mee Bandung Muar siap untuk dihidang! Selamat mencuba!

Baca Juga :

Tips Memasak

Mee bandung asli tidak mengandungi apa-apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya.

Best Selling

On Sale

Jeetee Non Stick Granite Frying Pan (24cm)
JEETEE Non Stick Granite Frying Pan 24cm

On Sale

Jeetee Non Stick Granite Frying Pan (24cm)

Teknologi Kuali Non-Stick German (5mm coating)

Shopee App Logo
Lazada App Logo

Harga dari

RM59
Resipi ini dalam kategori:
Peralatan Memasak:

Share Resipi Ini :

Review Panas!
Tips & Petua Menarik
Resipi Popular
Resipi Sambal & Pencicah