Logo-ResipiKita
Resepi Kuih Seri Muka Durian Sedap Mudah
Popular
Kuih Seri Muka Durian Sedap

Resepi Kuih Seri Muka Durian (Sedap & Senang)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
12 bahan
Jumlah Masa:
110 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
90 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
12 bahan
Jumlah Masa:
110 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
90 minit

Kuih-muih tradisional ni memang kalau kena resepi dia, memang sedap. Antara kuih talam yang popular, lagi-lagi kalau musim durian banyak ni adalah Kuih Seri Muka Durian. Cara buat dia tak ada la susah sangat sebenarnya. Cuma prosesnya agak mengambil masa sikit. Tapi, hasilnya nanti memang berbaloi sangat. Buat sendiri je, baru puas hati nak makan nanti. Boleh jadi menu untuk menu minum petang, menu buka puasa tak pun buat untuk menu open house kat rumah kita nanti. Jom kita cuba!

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Kuih Seri Muka Lapisan Bawah (Pulut)

1.
2 Cawan beras pulut - di rendam di dlm air selama 4 jam & toskan
2.
2 Cawan santan
3.
2 Sudu teh garam halus

Bahan-Bahan Kuih Seri Muka Lapisan Atas (Durian)

1.
1 Cawan isi durian
2.
2 Cawan santan
3.
1 Cawan gula pasir
4.
1/2 Cawan tepung gandum
5.
1/2 Cawan tepung kastad
6.
1 Sudu besar tepung beras
7.
2 Biji telur gred B
8.
1/2 Sudu teh garam halus
9.
Pewarna kuning
Aksesori Dapur Murah
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Portable Mini Wireless USB Chopper
Murah
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Murah
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer
Popular
12 Grids Eggs Storage Box
12 Grids Eggs Storage Box

Cara Buat Kuih Seri Muka Durian (Sedap & Senang)

1.

Lapisan Bawah (Pulut) : Sapu loyang saiz 10" dgn minyak & alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan & garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.

2.

Setelah pulut masak, gembur2kan. Kemudian ratakan & tekan pulut hingga padat.

3.

Lapisan Atas (Durian) : Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja.

4.

Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dgn tuala utk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin & kering daripada air.

5.

Sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang & potong dgn pisau plastik yg di sapu sikit minyak utk dapatkan potongan yg kemas.

Baca Juga :

Resipi ini dalam kategori:
Peralatan Memasak:

Share Resipi Ini :

Review Panas!
Tips & Petua Menarik
Resipi Popular
Resipi Sambal & Pencicah