Resepi Kuih Sagu Merah
Simple
Resepi Kuih Sagu Merah

Resepi Kuih Sagu Merah (Bahan Simple & Senang)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
5 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
4 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
40 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
5 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
4 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
40 minit

Siapa kat sini tak kenal dengan kuih sagu, satu lagi juadah kuih-muih tradisional yang sering menghiasi meja-meja di waktu petang atau dalam majlis-majlis keraian? Resepi ini sangat sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut atau snek ringan yang manis dan menyegarkan. Yang paling istimewa pasal kuih sagu ni adalah teksturnya yang kenyal-kenyal gitu, ditambah pula dengan rasa manis dari gula dan harum perisa ros, menambah keunikan pada kuih ini.

Biasanya, kuih sagu ni kita boleh jumpa dalam pelbagai majlis seperti kenduri kahwin, majlis cukur jambul, atau pun sekadar hidangan petang bersama keluarga. Tak terlalu sukar untuk dibuat, tapi memerlukan sedikit kesabaran terutama dalam mengukusnya agar mendapat tekstur yang sempurna. Kombinasi kelapa parut yang telah digaul dengan garam ini yang membuatkan kuih sagu ni rasa dia lebih seimbang dan lebih sedap.

Bagi yang baru mahu mencuba membuatnya, tak payah risau. Walaupun ia kelihatan rumit, sebenarnya resepi ini tergolong dalam kategori yang mudah. Plus, ia boleh jadi satu aktiviti bonding yang best kalau dibuat ramai-ramai dengan ahli keluarga. Dan sudah tentu, kuih sagu ini merupakan satu cara hebat untuk mengekalkan tradisi masakan Malaysia dalam keluarga. Ok, jom kita tengok bahan dan cara-caranya!

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Kuih Sagu

1.
1 cawan sagu
2.
3 cawan air
3.
3/4 cawan gula pasir
4.
Beberapa titik sirap perisa ros dan pewarna merah
5.
Sedikit kelapa putih (digaul dengan secubit garam)
Beli Bahan di Shopee 🛒
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer
Aksesori Dapur Murah
Murah
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Murah
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Portable Mini Wireless USB Chopper
Murah
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle

Cara Buat Kuih Sagu Merah (Bahan Simple & Senang)

1.

Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan sagu. Kacau selama 10 minit.

2.

Apabila adunan sudah memekat, masukkan gula pasir. Kacau lagi sehingga pekat.

3.

Masukkan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30 minit.

4.

Apabila kuih sagu sudah sejuk, golekkan di dalam kelapa bergaram tadi.

Baca Juga :

Resipi ini dalam kategori:
Peralatan Memasak:

Share Resipi Ini :

Review Panas!
Tips & Petua Menarik
Resipi Popular
Resipi Sambal & Pencicah