Cara-cara memasak Resepi Kuih Onde Onde
Simple
Resepi Kuih Ondeh Ondeh Senang

Resepi Kuih Onde Onde (Buah Melaka)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
5 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
5 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
15 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
5 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
5 orang
Penyediaan:
30 minit
Memasak:
15 minit

Tipu la kalau anda tak suka kuih onde-onde / kuih buah melaka ni kan? Senang je nak buat resepi kuih onde onde ni. Kuih tradisional yang penuh dengan kelembutan dan manis gula melaka ini memang tak pernah gagal memikat hati. Dengan kulit yang lembut dan inti gula melaka yang meleleh bila digigit, pasti membuatkan anda teringin untuk makan lagi dan lagi. Ditambah pula dengan kelapa parut yang memberikan tekstur dan rasa yang unik, menjadikan kuih onde-onde ayau kuih buah melaka ini sangat istimewa.

Biasanya, kuih onde-onde ini menjadi memang sesuai je makan tak kira waktu. Sarapan pagi ada, jadi menu buka puasa pun ok, buat untuk open house pun sesuai jugak. Nampak je rumit untuk dibuat, sebenarnya ia sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan dan pasti anda akan berjaya membuat kuih onde onde yang sedap dan gebu. Jadi, apa tunggu lagi? Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Kuih Onde Onde

  • 1.

    1 cawan tepung pulut

  • 2.

    20 helai daun pandan (diblend, toskan dan ambil airnya)

  • 3.

    Garam secukup rasa (masukkan dalam air pandan)

  • 4.

    Gula melaka dipotong kecil-kecil

  • 5.

    Kelapa parut

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    12 Grids Eggs Storage Box
    Popular
    12 Grids Eggs Storage Box
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer

    Cara Buat Kuih Onde Onde (Buah Melaka)

    1.

    Masukkan tepung pulut dan air pandan dalam mangkuk. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.

    2.

    Ambil sedikit adunan, bulatkan, kemudian leperkan dan masukkan gula melaka di tengah. Bulatkan semula adunan.

    3.

    Panaskan air dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan kuih onde-onde. Tunggu sehingga kuih terapung, baru angkat.

    4.

    Gaulkan kuih yang telah masak dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan!

    Tips Memasak

    Untuk membuat onde-onde yang sempurna, pastikan anda memilih gula melaka berkualiti tinggi untuk inti. Gula melaka yang berkualiti akan memberikan rasa manis yang kaya dan sedap. Selain itu, pastikan kulit onde-onde tidak terlalu tebal atau nipis. Kalau kulit terlalu tebal, rasa gula melaka akan kurang menyerlah. Kalau terlalu nipis, gula melaka mungkin akan pecah dan tumpah semasa dimasak. Jadi, kena pandai-pandai agak ketebalan kulit ye. Dan satu lagi, jangan lupa untuk sentiasa periksa air mendidih semasa memasak resepi kuih onde onde. Kalau air terlalu mendidih, onde-onde mungkin akan pecah. Happy cooking!

    Review Bagus

    On Sale

    Ecowin Ceramics Non Stick Pan
    Ecowin Ceramics Non Stick Frying Ceramic Coating Pan

    On Sale

    Ecowin Ceramics Non Stick Pan

    Ada banyak pilihan saiz

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM50
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !