Cara-cara memasak Resepi Kuih Lapis
Simple
Resepi Kue Lapis sukatan cawan

Resepi Kuih Lapis Lemak Manis (Senang Buat)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
7 bahan
Jumlah Masa:
50 minit
Hidangan Untuk:
10 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
30 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
7 bahan
Jumlah Masa:
50 minit
Hidangan Untuk:
10 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
30 minit

Kuih Lapis atau Kuih Lapis Nyonya ni antara kuih-muih tradisional yang simple dan senang nak buat. Budak-budak memang suka makan kuih ni, makan selapis-lapis je dibuatnya hihi. Kuih ni memang terkenal dengan lapisan-lapisan warna-warni yang cantik dan rasa lemak manis yang sedap. Setiap lapisan tu ada tekstur yang lembut dan kenyal, memang syok bila digigit. Kuih Lapis ni bukan je sedap dimakan, tapi juga seronok dibuat sebab kita boleh main dengan warna dan perisa ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan untuk buat Kuih Lapis ni pun mudah je nak cari. Tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, santan, gula, dan sedikit pewarna merah serta perisa ros – semua ni memang ada kat dapur kita. Prosesnya pun tak susah, cuma kena sabar sikit sebab kita nak kukus lapisan satu persatu dan pasti hasilnya memang berbaloi! Ok jom kita tengok bahan dan cara-cara nak buat kuih lapis ni.

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Kuih Lapis

  • 1.

    3 cawan tepung beras

  • 2.

    6 cawan santan sederhana pekat

  • 3.

    6 sudu besar tepung gandum

  • 4.

    6 sudu besar tepung jagung

  • 5.

    1 cawan gula pasir

  • 6.

    1/4 sudu teh garam

  • 7.

    Sedikit pewarna merah dan perisa ros

  • Beli Bahan di Shopee 🛒
    Stainless Steel Colander Basket
    Stainless Steel Colander Basket
    🥣 Aksesori Dapur Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Stainless Steel Colander Basket
    Stainless Steel Colander Basket
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle

    Cara Buat Kuih Lapis Lemak Manis (Senang Buat)

    1.

    Panaskan pengukus dan sediakan loyang. Pastikan loyang tu dah disapu dengan minyak sikit.

    2.

    Santan tu, kita panaskan sekejap sampai suam-suam kuku je. Lepas tu, tutup api.

    3.

    Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam dalam mangkuk. Lepas tu, masukkan santan yang dah suam tadi. Gaul sampai sebati dan takde bintil-bintil. Kalau nak lagi senang, boleh tapis adunan ni.

    4.

    Bahagi adunan tu jadi dua. Satu bahagian kita tambah pewarna merah dan perisa ros.

    5.

    Dah siap semua, kita boleh mula kukus. Masukkan loyang dalam pengukus, tuang satu senduk adunan yang takde warna. Kukus dengan api kuat selama 5 minit. Lepas tu, tuang satu senduk adunan merah pulak dan kukus lagi. Ulang je proses ni sampai habis 6 lapisan, dan pastikan lapisan terakhir tu warna merah.

    6.

    Dah siap kukus, biarkan sejuk dulu sebelum potong. Jangan potong masa panas, nanti kulit dia melecur pulak.

    Tips Memasak

    Untuk membuat Kuih Lapis yang sempurna, ada beberapa petua yang mungkin berguna. Pertama, pastikan anda menggunakan tepung beras pulut yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan enak. Kedua, gunakan santan pekat untuk memberikan rasa yang lebih kaya dan sedap. Ketiga, semasa proses mengukus, pastikan wap cukup panas sebelum menambahkan lapisan seterusnya. Ini penting untuk memastikan setiap lapisan matang dengan sempurna. Terakhir, bersabarlah ye... Hihi.. Proses ini mungkin memakan masa yang lama, tetapi hasilnya pasti berbaloi!

    Best Selling

    On Sale

    Simplus Non Stick Wok Teflon Coating
    Simplus-28cm-Wok-Teflon-Non-Stick-Coating

    On Sale

    Simplus Non Stick Wok Teflon Coating

    Diperbuat dari Teflon Coating + lapisan Aluminium

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM99
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !