Resepi Kuih Keria Lembut Gula Putih
Resepi Kuih Keria Ubi Keledek

Resepi Kuih Keria Ubi Keledek (Lembut & Ranggup)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
7 bahan
Jumlah Masa:
40 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
25 minit
Memasak:
15 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
7 bahan
Jumlah Masa:
40 minit
Hidangan Untuk:
8 orang
Penyediaan:
25 minit
Memasak:
15 minit

Untuk resepi kuih-muih tradisional kali ni kita nak share resepi kuih keria gula putih – sesuai untuk buat menu minum petang dengan keluarga, menjamu tetamu dan juga sebagai pilihan juadah berbuka puasa.

Bahan-bahannya tak terlalu banyak pun, simple je. Ok jom kita start!

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Kuih Keria Ubi Keledek

1.
1 kg Ubi Keledek Oren
2.
2 Cawan Tepung Gandum
3.
1 Sudu Besar Tepung Beras
4.
1/2 Sudu Besar Marjerin/Planta
5.
1 Sudu Kecil Garam
6.
1 Cawan Gula (Bahan Sira)
7.
1 Cawan Garam (Bahan Sira)
Aksesori Dapur Murah
Popular
12 Grids Eggs Storage Box
12 Grids Eggs Storage Box
Stainless Steel Colander Basket
Stainless Steel Colander Basket
Murah
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer
Murah
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Kitchen Heat-Resistant Spatula

Cara Buat Kuih Keria Ubi Keledek (Lembut & Ranggup)

1.

Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.

2.

Masuk semua bahan-bahan lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.

3.

Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat-bulatkan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah-tengah seperti membuat donut.

4.

Buat sehingga adunan kuih keria habis.

5.

Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan.

6.

Angkat dan toskan.

7.

Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih.

8.

Kacau gula sampai pekat dan bertali kemudian tutup api.

9.

Masuk kuih keria tadi gaul cepat2 supaya sira gula bersalut rata pada semua bahagian kuih keria.

 

10.

Teruskan menggaul sampai gula tadi kering dan nampak kepingan putih gula bersalut pada kuih keria, siap untuk dinikmati.

Baca Juga :

Tips Memasak

*Jangan tutup bekas kuih keria yang sudah disalut dengan gula masa tengah panas ye nanti kuih jadi lembik dan gula cair.

Review Bagus

On Sale

Ecowin Ceramics Non Stick Pan
Ecowin Ceramics Non Stick Frying Ceramic Coating Pan

On Sale

Ecowin Ceramics Non Stick Pan

Ada banyak pilihan saiz

Shopee App Logo
Lazada App Logo

Harga dari

RM50
Resipi ini dalam kategori:
Peralatan Memasak:

Share Resipi Ini :

Review Panas!
Tips & Petua Menarik
Resipi Popular
Resipi Sambal & Pencicah