Resepi Cornflakes Madu (Rangup & Sedap)
- Last update : 1 March 2024
Musim raya kalau tak jumpa kuih raya Cornflakes Madu ni memang tipu la kan. Bukan sahaja mudah nak buat, dari segi kos pun tidaklah terlalu tinggi untuk dijadikan sebagai salah satu resepi Kuih & Biskut Raya buat sendiri kat rumah.
Di Malaysia, resepi ringkas ini sering kali dihidangkan semasa perayaan khusus seperti hari raya, tetapi tak dinafikan ia juga menjadi pilihan harian yang sempurna bagi sesiapa sahaja yang mencari sesuatu yang ringkas dan sedap untuk dinikmati. Apa yang menjadikan Cornflakes Madu ini begitu istimewa? Tentulah kombinasi rasa manis madu yang lembut bersama kerangupan cornflakes yang membuatkan sesiapa sahaja ketagih dan makan tak berhenti.
Nak buat Cornflakes Madu ni simple dan ringkas je. Membuat Cornflakes Madu boleh juga jadi aktiviti bonding yang menyeronokkan antara ibu dan anak-anak semasa cuti sekolah atau sebagai projek memasak bersama pada hujung minggu. Tak kira sama ada buat untuk raya atau hari-hari biasa, Cornflakes Madu pasti akan menambah keceriaan pada suasana tersebut. Ok dah jom kita tengok bahan dan cara-cara buat Cornflakes Madu yang ranggup ni.
Share Resipi Ini :
Bahan-bahan Cornflakes Madu
Cara Buat Cornflakes Madu (Rangup & Sedap)
Panaskan mentega dalam kuali dengan api yang sederhana. Tunggu sampai mentega dah cair betul.
Lepas tu, masukkan madu ke dalam kuali dan kacau sampai sebati. Bila dah start pekat dan nampak gelembung udara kecil, tu tandanya dah okay.
Matikan api, lepas tu bolehlah tuang kepingan jagung dan kacang (kalau nak) ke dalam campuran tadi. Gaul sampai rata.
Sediakan acuan cupcake mini. Isikan campuran jagung tadi ke dalam acuan.
Untuk tambah seri, letak sekeping ceri maraschino kat atas setiap satu. (optional)
Dah siap semua, bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius. Kena bakar selama 8 minit je.
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan atau dihidangkan.
Baca Juga :
Tips Memasak
Bila buat Cornflakes Madu, jangan lupa panaskan madu bersama sedikit butter atau marjerin hingga cair sepenuhnya sebelum tuangkan atas cornflakes. Ini penting untuk memastikan setiap kepingan cornflakes berkilat dan rata terlumur dengan kesedapan madu. Kalau suka, tambah sedikit esen vanila atau kayu manis untuk bau yang lebih aromatik. Adunan ni kena kacau rata-rata dan pastikan semua cornflakes tersalut sempurna. Nak lebih 'kick', boleh tabur sedikit garam halus. Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk untuk kekal rangup!
On Sale
On Sale
Swiss-certified Ceramic Coating
Harga dari
Share Resipi Ini :