Cara-cara memasak Resepi Burger Prosperity Khairul Aming
Popular
Resepi Prosperity Burger Ala McD

Resepi Burger Prosperity Khairul Aming

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
13 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
2 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
30 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
13 bahan
Jumlah Masa:
45 minit
Hidangan Untuk:
2 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
30 minit

Siapa yang tak suka burger? Tapi bukan burger biasa, kita bercakap tentang Burger Prosperity Khairul Aming Ala McD ni yang memang viral! Burger ni simple je sebenarnya nak buat. (tq abang KA share resepi mudah ni). Dengan gabungan daging oblong Ramly yang lembut dan juicy, ditambah dengan sos lada hitam yang pekat dan penuh perisa, pasti membuatkan anda terliur. Bukan itu sahaja, hirisan bawang holland segar sebagai hiasan menambahkan lagi keunikan rasa burger ini.

Burger ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja, sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam. Walaupun nampak macam susah nak buat, sebenarnya ia sangat mudah. Jom kita cuba buat Burger Prosperity Khairul Aming ini di rumah. Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Prosperity Burger

  • 1.

    Roti gardenia atau roti hotdog/oblong

  • 2.

    Daging Oblong Ramly

  • 3.

    Bawang holland 1 biji (untuk hiasan)

  • 4.

    2 sudu butter

  • 5.

    1 biji bawang holland

  • 6.

    3 ulas bawang putih

  • 7.

    1 paket Cendawan shittake

  • 8.

    1 sudu tepung gandum

  • 9.

    1 1/2 cawan air

  • 10.

    2 sudu sos tiram

  • 11.

    Kicap manis (1 sudu / agak-agak)

  • 12.

    1 kiub pati lembu

  • 13.

    Sengenggam Lada hitam (ditumbuk hancur)

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer

    Cara Buat Burger Prosperity Khairul Aming

    1.

    Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih dan cendawan shittake sehingga kekuningan.

    2.

    Selepas itu, masukkan tepung gandum, kacau dan tambahkan air.

    3.

    Tambahkan sos tiram, kicap manis, kiub pati lembu dan serbuk lada hitam. Gaul sehingga sebati.

    4.

    Kisar kesemua bahan yang ditumis tadi, kemudian masak sekali lagi di atas dapur. Biarkan sehingga siap.

    5.

    Panaskan kuali, grill daging oblong dan celupkan dalam sos lada hitam.

    6.

    Sapukan sedikit butter pada roti yang telah dipotong dan panaskan di atas kuali sehingga kekuningan.

    7.

    Susun roti, letakkan daging oblong yang telah dipanggang dan dicelup dalam sos, kemudian taburkan beberapa hirisan bawang holland di atasnya.

    Tips Memasak

    Untuk hasil yang terbaik, pastikan daging oblong Ramly anda dimasak hingga keemasan dan juicy. Sos lada hitam pula, biar pekat dan berperisa. Jangan lupa, bawang holland segar sebagai hiasan, ia menambahkan lagi keunikan rasa. Jangan risau, walaupun nampak macam susah, sebenarnya ia sangat mudah. Ikut je langkah-langkah yang diberikan, pasti berjaya. Selamat mencuba, mesti sedap ni!

    Review Bagus

    On Sale

    Ecowin Cookware Sky Blue Series Non-Stick Coating Saucepan (16cm)
    Ecowin Cookware Sky Blue Series Non-Stick Coating Saucepan (16cm)

    On Sale

    Ecowin Cookware Sky Blue Series Non-Stick Coating Saucepan (16cm)

    Saiz kecil, sesuai untuk masak masakan berkuah yang sedikit

    Shopee App Logo

    Harga dari

    RM49

    Resepi ini adalah idea asal dari Khairulaming sendiri. Kami hanya sekadar berkongsi untuk panduan dan rujukan kita bersama.

    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !