Cara-cara memasak Resepi Burger Malaysia
Popular
Resepi Burger Malaysia Sedap

Resepi Burger Malaysia (Siap Sambal Bilis)

Rating Resipi
5/5
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
6 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
40 minit
Memasak:
20 minit
Level:
Sederhana
Jumlah Bahan:
6 bahan
Jumlah Masa:
60 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
40 minit
Memasak:
20 minit

Burger Malaysia ni popular dekat budak-budak sekolah. Biasa memang ada jual kat kantin sekolah diorang tu. Budak-budak memang suka la burger Malaysia ni, masak kat rumah buat minum petang memang sesuai. Dengan mak ayah sekali boleh makan kan? Ok jom kita tengok resepi burger Malaysia ni. Senang je!

Untuk sambal pula boleh check resepi sambal bilis burger Malaysia kat sini.

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Burger Malaysia

  • 1.

    1/2 Kg Tepung Gandum

  • 2.

    3 Sudu Besar Majerin

  • 3.

    1 Cawan Air Suam

  • 4.

    2 Sudu Besar Mauripan

  • 5.

    1 Sudu Besar Susu Pekat Manis

  • 6.

    Suku Sudu Kecil Garam

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    12 Grids Eggs Storage Box
    Popular
    12 Grids Eggs Storage Box
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula

    Cara Buat Burger Malaysia (Siap Sambal Bilis)

    1.

    Mula-mula, gaulkan sehingga sebati tepung gandum dan majerin sampai teksturnya nampak berderai. Kemudian biarkan adunan rehat seketika.

    2.

    Seterusnya bancuh yis mauripan pula. Sediakan air suam, masukkan mauripan, susu pekat dan garam. Kacau sehingga sebati ok. Bancuh dalam bekas yang besar ye, supaya yis boleh mengembang dengan sempurna. Biarkan bancuhan yis ini seketika, sekitar 15-20 minit.

    3.

    Bila bancuhan yis sudah berbuih, tuangkan ke dalam adunan tepung tadi. Gaulkan sebati.

    4.

    Kemudian, boleh mula uli adunan. Kalau air yis tu tak mencukupi, boleh tambah air biasa sedikit demi sedikit untuk mendapatkan doh yang lembut. (jangan terlalu lembik ye.)

    5.

    Uli sampai doh cantik dan tepungnya tidak melekat di tangan anda. Sudah siap menguli adunan, biarkan adunan rehat sekitar 20-30 minit. (untuk dapatkan burger Malaysia yang gebu)

    6.

    Bila doh dan kembang 2 kali ganda, boleh la bentukkan bulat-bulat. Biarkan doh yang sudah dibentukkan bulat tu kembung terlebih dahulu ok. Bila doh bulat tadi dah kembang sekali ganda, boleh la mula menggoreng.

    7.

    Panaskan minyak dengan api perlahan, goreng dengan api perlahan sahaja. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan doh ye. Terbalikkan pau tu supaya ianya masak sekata. Bila pau dah kekuningan emas, boleh angkat. Burger Malaysia kita dah siap! Tunggu sejuk sikit baru potong dan masukkan sambal ok?

    Best Selling

    On Sale

    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)
    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)

    On Sale

    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)

    Swiss-certified Ceramic Coating

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM159
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !