Logo-ResipiKita
Resepi Bubur Ayam McD Simple Sedap
Simple
Resepi Bubur Ayam Ala McD

Resepi Bubur Ayam McD (Simple & Sedap)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
11 bahan
Jumlah Masa:
30 minit
Hidangan Untuk:
4 orang
Penyediaan:
10 minit
Memasak:
20 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
11 bahan
Jumlah Masa:
30 minit
Hidangan Untuk:
4 orang
Penyediaan:
10 minit
Memasak:
20 minit

Biasanya kalau musim demam atau sakit-sakit ni, selera makan pun tak berapa nak ada kan. Makan bubur nasi simple macam ni memang cukup dah. Cara masak bubur ayam pun tak susah dan cepat je. Untuk hari ni, kita nak share resepi bubur ayam McD yang ringkas, menyelerakan dan sedap. Sesuai untuk orang dewasa ataupun anak-anak kita yang tak sihat tu. Ok jom kita mula!

Share Resipi Ini :

Bahan Resepi Bubur Nasi McD

1.
Dada ayam 2-3 keping
2.
1 1/2 pot beras (cuci dan toskan)
3.
1 1/2" halia (dihiris nipis mcm mancis api)
4.
2 kiub ayam maggi
5.
Air secukupnya
6.
Minyak bijan
7.
Daun bawang (dihiris)
8.
Carrot (potong dadu)
9.
Maggi cukup rasa (optional)
10.
Lada merah (hiasan)
11.
1 Sudu Kecil Lada Sulah (jika suka)
Aksesori Dapur Murah
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Portable Mini Wireless USB Chopper
Murah
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Murah
Hodekt Electric Hand Mixer
Hodekt Electric Hand Mixer
Popular
12 Grids Eggs Storage Box
12 Grids Eggs Storage Box

Cara Buat Bubur Ayam McD (Simple & Sedap)

1.

Didihkan air secukupnya. Rebus ayam sehingga empuk. Apabila ayam sudah empuk, masukkan kiub ayam maggi.

2.

Jika ayam sudah masak, keluarkan dan toskan.

3.

Masukkan beras. Masak sehingga beras kembang.

4.

Masukkan carrot. Kalau suka nak masukkan fish cake yang dipotong dadu pun sedap jugak.

5.

Sementara menunggu bubur masak, carik-carikkan ayam tadi.

6.

Bila bubur dah hampir masak, masukkan halia. Perasakan dengan garam. Jika tak cukup masin, masukkan maggi cukup rasa mengikut sukatan anda. Kalau suka ada rasa pedas-pedas sikit. Masukkan satu sudu kecil lada sulah.

7.

Akhir sekali, masukkan sebahagian dari ayam carik tadi ke dalam bubur. Gaul sebati, tutup api.

8.

Masa menghidang, masukkan bubur ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan ayam carik tadi.
Tabur bawang goreng dan cili merah (jika suka). Kalau suka titiskan juga sedikit minyak bijan (untuk rasa seperti bubur ayam mcd). Dah siap untuk dimakan!

Baca Juga :

Tips Memasak

Resepi bubur nasi mcd ni boleh juga kalau nak tukar bahan dari guna ayam kepada daging.

Review Bagus

On Sale

Ecowin Ceramics Non Stick Pan
Ecowin Ceramics Non Stick Frying Ceramic Coating Pan

On Sale

Ecowin Ceramics Non Stick Pan

Ada banyak pilihan saiz

Shopee App Logo
Lazada App Logo

Harga dari

RM50
Resipi ini dalam kategori:
Peralatan Memasak:

Share Resipi Ini :

Review Panas!
Tips & Petua Menarik
Resipi Popular
Resipi Sambal & Pencicah