Cara-cara memasak Resepi Bihun Sup Simple
Simple
Resepi Mee Hoon Sup Simple

Resepi Bihun Sup (Simple & Sedap)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
15 bahan
Jumlah Masa:
30 minit
Hidangan Untuk:
1 orang
Penyediaan:
10 minit
Memasak:
20 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
15 bahan
Jumlah Masa:
30 minit
Hidangan Untuk:
1 orang
Penyediaan:
10 minit
Memasak:
20 minit

Resepi bihun sup simple yang ni sesuai untuk orang bujang atau korang yang nak masak simple-simple kat rumah. Makan waktu hujan ni memang padu la. Menu bajet macam ni bahan pun senang dapat, masak pun senang. Ok jom kita start!

Share Resipi Ini :

Bahan-bahan Bihun Sup Simple

  • 1.

    Bihun (sepinggan makan)

  • 2.

    Bawang Putih (3 ulas - diketuk)

  • 3.

    Cili Padi (3-5 biji - diketuk)

  • 4.

    Udang/Ayam/Daging (secukupnya)

  • 5.

    Fish ball/fish cake (kalau suka)

  • 6.

    Sayur Sawi (3 helai)

  • 7.

    Sayur Kobis (sedikit sahaja)

  • 8.

    Tomato (1/2 biji)

  • 9.

    Telur (1 biji)

  • 10.

    Serbuk Lada Putih (1 sudu teh)

  • 11.

    Air Masak (3-4 cawan)

  • 12.

    Garam, Gula dan serbuk perasa (secukupnya)

  • 13.

    Limau Nipis (sehiris dua - untuk pelengkap menu)

  • 14.

    Daun Sup (sedikit - untuk pelengkap menu)

  • 15.

    Bawang Goreng (sedikit - untuk pelengkap menu)

  • Beli Bahan di Shopee 🛒
    Serbuk Lada Putih Thailand (70g)
    Serbuk Lada Putih Thailand (70g)
    🥣 Aksesori Dapur Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer

    Cara Masak Bihun Sup (Simple & Sedap)

    1.

    Mula-mula, panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan cili api hingga naik bau.

    2.

    Kemudian masukkan serbuk lada putih. Kemudian masukkan udang/ayam/daging. Jika ada Fish Cake atau Fish Ball, boleh masukkan sekali. Kacau sekejap sehingga bahan-bahan ini masak sedikit, kemudian masukkan air.

    3.

    Masukkan garam, serbuk perasa (jika mahu) dan sedikit gula. Biarkan mereneh seketika.

    4.

    Kemudian masukkan sayur-sayuran dan bihun anda. Kemudian pecahkan sebiji telur tadi. Bila bihun dah lembut sedikit, bolehlah di hidangkan dengan daun sup, bawang goreng dan perahan limau nipis. Bihun Sup simple dah siap untuk dimakan!

    Tips Memasak

    Bahan-bahan resepi bihun sup ini untuk kuantiti sorang makan. Kalau nak masak lebih, hanya darabkan je bahan-bahan ini mengikut kesesuaian anda. Selamat mencuba!

    Review Bagus

    On Sale

    Ecowin Ceramics Non Stick Pan
    Ecowin Ceramics Non Stick Frying Ceramic Coating Pan

    On Sale

    Ecowin Ceramics Non Stick Pan

    Ada banyak pilihan saiz

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM50
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !