
Resepi Bihun Goreng Singapore (Senang Je!)
- Last update : 3 March 2025
Antara menu masakan yang ringkas, cepat dan sedap untuk dihidangkan kalau korang tiba-tiba ada tetamu datang rumah adalah menu yang ini – Bihun goreng! Kalau tak suka versi warna kicap, versi mee hoon goreng Singapore warna putih macam ni pun sedap juga. Senang je masaknya.
Biasa kita jumpa Bihun Singapore di majlis-majlis keraian atau pun sebagai juadah harian yang praktikal. Hidangan ini cukup istimewa untuk disajikan di pelbagai majlis, dari kenduri kahwin hingga jamuan rumah terbuka. Malah, pada hari biasa pun, ia boleh dijadikan pilihan untuk sarapan pagi yang ringkas atau makan malam yang tidak memakan masa.
Walaupun nampak macam mudah, resepi ini memerlukan ketangkasan dalam memastikan setiap bahan digaul rata dan bihunnya tidak hancur. Tapi jangan risau, dengan sedikit latihan, korang pasti boleh jadikan Bihun Goreng Singapore ni sebagai menu wajib dalam ‘stock idea’ masakan korang. Plus, dengan kepelbagaian bahan seperti udang, dada ayam, telur, taugeh, dan juga lobak merah, resepi ini bukan sahaja sedap malah berzat. Sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!
Share Resipi Ini :
Bahan-bahan Bihun Goreng Singapore
1/2 bungkus Mee Hoon / Bihun (direndam hingga lembut & tos)
2 Ulas Bawang Putih (ditumbuk halus)
1 Ulas Bawang Merah (ditumbuk halus)
1 Sudu Udang Kering (ditumbuk halus)
1 Cawan Udang Basah
1 Keping Dada Ayam (dihiris nipis)
1 Sudu Kecil Lada Hitam (ditumbuk)
1 Sudu Kecil Serbuk Chicken Stock
1 Cawan Taugeh
1/2 Batang Lobak Merah (di parut kasar)
Garam secukup rasa
Sedikit Sos Tiram
2 Biji Telur
Minyak secukupnya
Cara Masak Bihun Singapore (Senang Je!)
Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
Masukkan lada hitam, sos tiram, chicken stock dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan lobak merah. Gaul sebati hingga masak.
Akhir sekali masukkan telur hancur tadi, gaul sehingga rata. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang dan cili merah. Bihun goreng Singapore siap dihidangkan.
On Sale

On Sale
Teknologi Kuali Non-Stick German (5mm coating)
Harga dari
Share Resipi Ini :