Resepi Ayam KFC Homemade (Hot & Spicy)
- Last update : 18 January 2024
Siapa tak suka makan Ayam goreng KFC kan? Senang tak kalau nak masak sendiri Ayam KFC ni? Senang je. Bahan-bahan Ayam KFC ni pun sekarang senang dah nak dapat dan tak banyak sangat.
Dah ada banyak jenis tepung segera dah siap bancuh macam tepung Bestari. Resepi Ayam KFC kali ni ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan.
Dari segi teknik pula, ada banyak cara sebenarnya untuk dapat kualiti ayam goreng macam ayam goreng KFC ni. Ada resepi yang guna teknik celup dalam air, ada juga yang bancuh terus dengan tepung.
Untuk resepi ayam KFC hari ni kita nak try teknik bancuh terus dengan tepung. Ok jom kita start!
Share Resipi Ini :
Bahan Resepi Ayam KFC Hot & Spicy
Cara Buat Ayam KFC Homemade (Hot & Spicy)
Mula-mula, bancuh dulu tepung Bestari jenis Hot & Spicy bersama air sahaja. Bancuh sehingga bancuhan tepung dan air menjadi sederhana pekat. Kepekatan bancuhan ini bergantung pada kuantiti ayam anda.
Masukkan ayam ke dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Untuk rasa ayam yang lebih lembut dan lebih rasa, perap ayam ini minimum 1 jam. Lebih lama perap, lebih sedap.
Sementara itu, sediakan bancuhan tepung untuk salutan pula.
Campurkan tepung Bestari, tepung gandum dan tepung beras ke dalam satu bekas. Campurkan juga serbuk cili dan serbuk lada putih untuk rasa lebih pedas, kuantiti mengikut selera anda. (Untuk kuantiti Ayam seekor, sukatannya 3 Sudu Besar tepung Bestari, 3 Sudu Besar tepung gandung, 4 Sudu Besar tepung beras).
Seterusnya, masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam bekas campuran tepung ini. Gaul dan salutkan biar sekata. Untuk lebih ranggup, salutkan sedikit lama dan tebal.
Ayam yang telah siap disalutkan ini boleh terus dimasukkan ke dalam kuali atau periuk dengan minyak yang panas. (Untuk ayam yang masak sekata dan ranggup, goreng ayam KFC ini di dalam periuk dengan minyak banyak dan panas).
Biarkan ayam goreng KFC anda seketika. Pastikan periuk tidak terlalu penuh untuk gorengan sekata.
Goreng sehingga ayam kekuningan. Angkat ayam yang telah masak, tos minyak dan rehatkan ayam di atas jaring atau penapis besi supaya ada ruang jangan letak atas tisu nanti wap panas bahagian bawah teperangkap dan meruap ayam akan jadi lembik bahagian bawah. Macam biasa kita tengok kat kedai tu.
Baca Juga :
Tips Memasak
*Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin. Kalau peha ayam, kelar sikit supaya cepat masak.
On Sale
On Sale
Ada banyak pilihan saiz
Harga dari
Share Resipi Ini :