Cara-cara memasak Resepi Ayam Bakar Madu
Popular
Perap Ayam Bakar Padu

Resepi Ayam Bakar Madu (Sedap & Padu)

Rating Resipi
5/5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
17 bahan
Jumlah Masa:
50 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
30 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
17 bahan
Jumlah Masa:
50 minit
Hidangan Untuk:
6 orang
Penyediaan:
20 minit
Memasak:
30 minit

Kalau buat BBQ tak ada ayam bakar memang tak complete. Senang je nak perap Ayam Bakar madu ni, macam yang dekat pasar malam tu. Anak-anak memang suka sangat kan? Untuk resepi ni, bahan perapan nya mudah je. Campur-campur bahan, gaul-gaul sikit dah siap. Lagi lama kita perap, lagi sedap ayam tu nanti. Minimum dalam 2 jam, tapi dapat 5-6 jam perap lagi sedap. Ok jangan buang masa jom kita start!

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Perap Ayam Bakar Madu

  • 1.

    Ayam (1 Ekor - potong 8/10)

  • 2.

    Bawang Putih (12 ulas - blend) *

  • 3.

    Halia (2-3 inci - blend) *

  • 4.

    Serai (3-4 batang - blend) *

  • 5.

    Buah Pelaga (3-5 biji tumbuk kasar) *

  • 6.

    Serbuk Cili (3-4 sudu besar) *

  • 7.

    Serbuk Kunyit (3-4 sudu besar) *

  • 8.

    Serbuk Lada Hitam (2-3 sudu besar) *

  • 9.

    Sos Tiram (4-5 sudu besar) *

  • 10.

    Sos Lada Hitam (4-5 sudu besar) *

  • 11.

    Kicap Masin (1-2 sudu besar) *

  • 12.

    Kicap Manis (1/2 sudu besar) *

  • 13.

    Madu (4-5 sudu besar) *

  • 14.

    Asam Merah Masin (asam boi merah)

  • 15.

    Gula Melaka/Gula Pasir (ikut sukatan anda)

  • 16.

    Perasa & Garam (secukup rasa)

  • 17.

    Pewarna Makanan Merah

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    12 Grids Eggs Storage Box
    Popular
    12 Grids Eggs Storage Box
    Stainless Steel Colander Basket
    Stainless Steel Colander Basket

    Cara Buat Ayam Bakar Madu (Sedap & Padu)

    1.

    Campur kesemua bahan bertanda *. Perap Ayam bersama bahan tadi selama 5-6 jam. (perap lebih lama, lebih sedap)

    2.

    Selepas diperap, bakar ayam dengan api yg sederhana (menggunakan arang lagi bagus).

    3.

    Untuk rasa ayam yang sedap dan berjus, masak jangan sampai terlalu lama. Boleh angkat dan hidang untuk dimakan.

    4.

    Untuk Sos pula, ambil dalam 3 senduk sos perapan tadi untuk kita olahkan menjadi sos.

    5.

    Campurkan sos perapan, sedikit gula melaka dan air bancuhan tepung jagung (sukat mengikut kepekatan yang anda suka) ke dalam kuali api perlahan. Masak sos sehingga mendidih. Siap!

    Tips Memasak

    Ayam tu kalau nak perapan masuk ke dalam, cucuk-cucuk sikit ayam tu nnt dengan garfu sebelum gaul perapan.

    Review Bagus

    On Sale

    Ecowin Ceramics Non Stick Pan
    Ecowin Ceramics Non Stick Frying Ceramic Coating Pan

    On Sale

    Ecowin Ceramics Non Stick Pan

    Ada banyak pilihan saiz

    Shopee App Logo
    Lazada App Logo

    Harga dari

    RM50

    Video:

    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Panas!
    Tips & Petua Menarik
    Resipi Popular
    Resipi Sambal & Pencicah
    error: Content is protected !