Cara-cara memasak Aiskrim-Goreng-Khairul-Aming
Cepat
Resepi Khairul Aming Paling Mudah

Resepi Aiskrim Goreng Khairul Aming (Paling Senang)

Rating Resipi
Rated 5 out of 5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
3 bahan
Jumlah Masa:
145 minit
Hidangan Untuk:
3 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
10 minit
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
3 bahan
Jumlah Masa:
145 minit
Hidangan Untuk:
3 orang
Penyediaan:
15 minit
Memasak:
10 minit

Cuba buat Aiskrim Goreng Khairul Aming ni, confirm puashati! Roti yang garing rangup luar dan aiskrim pilihan yang sejuk berais dalam mencipta keunikan rasa manis dan tekstur yang kontras, confirm tak cukup satu guys. Sesuai dijadikan snek petang santai, pencuci mulut selepas majlis ataupun buat menu moreh bulan Ramadan, resipi ini tak susah walau untuk yang baru berjinak di dapur. Cuma susun, bekukan sekejap, goreng sepantas 10 saat dan terus nikmati—simple je tapi efektik! Kalau gagal jugak tak tau la haha. Ok jom kita tengok bahan dan cara-caranya!

Share Resipi Ini :

Bahan-Bahan Aiskrim Goreng Khairul Aming

  • 1.

    Roti

  • 2.

    Aiskrim (ikut pilihan perisa)

  • 3.

    Minyak untuk menggoreng

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    Murah
    Portable Mini Wireless USB Chopper
    12 Grids Eggs Storage Box
    Popular
    12 Grids Eggs Storage Box
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Murah
    Hodekt Electric Hand Mixer
    Stainless Steel Colander Basket
    Stainless Steel Colander Basket

    Cara Masak Aiskrim Goreng Khairul Aming (Paling Senang)

    1.

    Ambil sekeping roti, letak satu scoop aiskrim pilihan korang di tengah-tengah.

    2.

    Tutup dengan sekeping roti lagi dan tekan bahagian tepi depan dan belakang supaya padat.

    3.

    Gunakan cawan untuk tekan dan bentuk bulat, pastikan tepi-tepi roti tu tertutup rapat.

    4.

    Ulang langkah yang sama untuk pelbagai perisa aiskrim, boleh pilih vanila, strawberi, durian, atau apa-apa je yang korang suka.

    5.

    Susun roti yang dah berinti aiskrim tu atas tray dengan kemas.

    6.

    Masukkan tray ke dalam freezer dan bekukan selama 2 hingga 3 jam, sampai betul-betul keras.

    7.

    Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas.

    8.

    Goreng aiskrim tu selama lebih kurang 10 saat je (kira dari 1 sampai 10). Jangan lama, hangit tak sedap.

    9.

    Angkat segera lepas 10 saat supaya tak menyerap minyak dan aiskrim dalam tu tak cair.

     

    10.

    Potong dan hidangkan segera ketika masih panas di luar dan sejuk berais di dalam.

    Tips Memasak

    Untuk hasil Aiskrim Goreng Khairul Aming yang superb, pastikan roti yang digunakan betul-betul segar dan lembut. Jangan lupa bekukan aiskrim lebih lama supaya ia tak mencair semasa proses menggoreng. Bila goreng, pastikan minyak cukup panas supaya roti jadi garing dan keemasan dalam masa yang singkat. Dan satu lagi, jangan segan untuk eksperimen dengan pelbagai perisa aiskrim, boleh jadi lebih menarik! Selamat mencuba!

    Best Selling

    On Sale

    Tefal Natura Non-Stick Frypan (28cm)
    Tefal Natura Non-Stick Frypan (28cm)

    On Sale

    Tefal Natura Non-Stick Frypan (28cm)

    Diperbuat dari Mineralia Non-Stick Coating + lapisan Aluminium

    Harga dari

    RM87

    Resepi Aiskrim Goreng Khairul Aming ini adalah resipi asal dari abang KhairulAming sendiri. Kami hanya sekadar berkongsi semula untuk panduan bertulis dan rujukan memasak kita bersama.

    Resepi lain dari abang Kharul Aming:

    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Produk Popular

    Resipi Terkini

    Tips & Petua Dapur