Cara-cara memasak Resepi Air Asam Ikan Bakar
Simple
Air Asam Sedap Untuk Ikan Bakar

Resepi Air Asam Ikan Bakar (Simple & Sedap)

Rating Resipi
Rated 5 out of 5
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
9 bahan
Hidangan Untuk:
4 orang
Level:
Mudah
Jumlah Bahan:
9 bahan
Hidangan Untuk:
4 orang

Tak kira sama ada makan ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar tak pun udang bakar, air asam memang wajib ada sekali. Sekali buat tu, buat lebih sikit boleh simpan untuk makan lain kali kan? Sesak-sesak tak tau nak masak apa nanti, goreng ikan tak pun goreng tempe pun sedap jugak makan dengan air asam ni. So hari ni kita nak try resepi air asam yang simple, tapi padu! Ok jom tengok bahan.

Share Resipi Ini :

Bahan Utama Air Asam Ikan Bakar

  • 1.

    2 biji bawang merah

  • 2.

    1 biji bawang besar Holland

  • 3.

    1 biji tomato

  • 4.

    3 ulas bawang putih

  • 5.

    2 inci belacan

  • 6.

    1 biji lemon (Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.)

  • 7.

    3 tangkai cili padi hijau

  • 8.

    3 tangkai cili padi merah

  • 9.

    Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air

  • 🥣 Aksesori Dapur Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Murah
    Kitchen Heat-Resistant Spatula
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Murah
    Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
    Stainless Steel Colander Basket
    Stainless Steel Colander Basket
    12 Grids Eggs Storage Box
    Popular
    12 Grids Eggs Storage Box

    Cara Buat Air Asam Ikan Bakar (Simple & Sedap)

    1.

    Potong kesemua bahan-bahan di atas (saiz potongan untuk dimasukkan ke dalam blender) kecuali belacan.

    2.

    Untuk Belacan, bakar atas api atau kuali non-stick.

    3.

    Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) *Ikut kepekatan yang diingini

    4.

    Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

    5.

    Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

    6.

    Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan - Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan

    Tips Memasak

    Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.

    Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

    Best Selling

    On Sale

    Jeetee Non Stick Granite Frying Pan (24cm)
    JEETEE Non Stick Granite Frying Pan 24cm
    Best Selling

    On Sale

    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)
    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)

    On Sale

    Cosmic Cookware Xeradur 2 Non-Stick Ceramic Pan (28cm)

    Swiss-certified Ceramic Coating

    Harga dari

    RM159
    Resipi ini dalam kategori:
    Peralatan Memasak:

    Share Resipi Ini :

    Review Produk Popular

    Resipi Terkini

    Tips & Petua Dapur