Review Produk
Best Selling

Periuk Nasi Kecil Terbaik Tefal

Tefal Mini Mechanical Rice Cooker RK1721 (0.4L)

Rating Produk
5/5
Overview

Harga Semasa dari

RM149
Review Produk

Buat yang mencari periuk nasi yang tak makan tempat banyak dalam dapur tapi masih mampu sediakan nasi yang sedap setiap hari, boleh pertimbangkan periuk nasi Tefal Mini Mechanical Rice Cooker RK1721 ni. Dengan kapasiti 0.4L, memang ngam lah untuk bujang atau pasangan tanpa anak yang tak perlukan nasi banyak kalau nak makan tu. Periuk nasi ini juga sesuai untuk pelajar universiti yang duduk rumah atau bilik sewa. Periuk nya diperbuat dari bahan non-stick, so korang boleh lupakan cerita nasi hangit melekat kat bawah periuk dan masak nasi berkerak banyak tu. Senang nak cuci, senang nak guna. Dari segi rekabentuk pun cun, compact habis dan tak makan tempat. Jadi, kalau korang punya dapur tu dah macam kapal selam sebab sempit, periuk nasi Tefal ni boleh ganti saiz yang besar tu. Tak cukup dengan tu, penutupnya boleh tanggal untuk proses pembersihan yang lebih teliti dan mudah. Lagi satu, siapa yang tak suka barang yang ada warranty lama kan? RK1721 ni datang dengan jaminan 2 tahun – jadi kalau ada apa-apa, Tefal cover! So, kalau nak cari rice cooker yang reliable, simple dan tak makan space, ini mungkin pilihan terbaik untuk korang.

Yang Juga Popular
Kategori Resepi Popular