Review Produk
Recommended

Oven Elektrik Murah Terbaik 3-dalam-1

SwissThomas Electric Convection Oven (22L)

Rating Produk
Rated 4.6 out of 5
Overview

Harga Semasa dari

RM120
Review Produk

Mencari oven yang serba boleh, jimat elektrik dan nampak stylo di dapur? SwissThomas Electric Convection Oven (22L) ini mungkin jawapannya. Dengan kapasiti 22L, ia cukup besar untuk hidangan keluarga sederhana seperti panggang ayam seekor. Oven ini ada 3 mod masakan yang mudah dikawal guna tombol—suhu boleh laras dari 100°C hingga 250°C, fungsi pemanasan atas/bawah, dan timer sehingga 60 minit. Yang menariknya, ia guna Teknologi Switzerland dan ada fungsi air-fry untuk masakan lebih sihat tanpa minyak. Nak panaskan makanan pun cepat, pre-heat cuma ambil masa 5 minit! Dari segi keselamatan, ia dilengkapi Smart Safety System, di mana lampu pada rod pemanas akan malap bila suhu dah capai. Reka bentuk warna merah dengan pintu lutsinar memang cantik dan praktikal. Harga bawah RM150 dengan percuma bake pan dan rack, memang satu pelaburan yang sangat berbaloi untuk dapur korang.

Yang Juga Popular
Kategori Resepi Popular