Review Produk
Rating Tinggi

Periuk Nasi Kecil Digital

Samu GiKen Digital Rice Cooker RC30 (1.2L)

Rating Produk
5/5
Overview

Harga Semasa dari

RM109
Review Produk

Sesiapa yang suka masak tapi tak nak leceh dengan segala macam periuk dan kuali, korang kena tengok periuk nasi ni: Samu GiKen Digital Rice Cooker RC30. Model periuk nasi kecil dari Samu Giken ni saiznya kompak (1.2 liter), tak makan ruang banyak dekat dapur tu. Dibuat dengan body metal dan liner aluminium, pastikan ia kukuh dan tahan lama. Ada juga pemegang yang solid untuk mudah angkat dan alihkan periuk nasi ni. Ada 2 pilihan warna hitam dan gold utk dapur korang nampak elegan dan class! Yang menarik tentang rice cooker ni adalah ianya mempunyai fungsi 8 Menu Pra-Program. Senang nak buat macam-macam, dari nasi sampai ke kek kukus! Ada Keep Warm Mode, tak payah risau makanan cepat sejuk. Dan kalau korang jenis yang sibuk, Preset Function ni macam lifeline. Setkan je masa nak masak, pergi kerja, balik-balik nasi dah siap. Kan senang tu? Beli rice cooker ni nanti korang akan dapat semuanya; rice cooker, plug, sudip nasi, cawan ukur, pengukus, dan manual. Jangan lupa, ada warranty selama setahun untuk defect pengilangan, dan dua minggu untuk wear and tear parts. So kalau korang cari rice cooker yang murah bersaiz kecil, ini pilihan yang berbaloi!

Yang Juga Popular
Kategori Resepi Popular