Cara Solat Jamak Dan Qasar: Panduan & Niat Lengkap (JAKIM)

Cara Solat Jamak Dan Qasar: Panduan & Niat (JAKIM)

Islam adalah agama yang penuh rahmat dan kemudahan. Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, Allah SWT memberi kelonggaran kepada hamba-Nya untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat. Panduan lengkap ini akan membantu anda memahami dan melaksanakan solat jamak dan qasar dengan betul semasa bermusafir.

Apakah Maksud Solat Jamak Dan Qasar?

Solat jamak dan qasar adalah dua rukhsah (kemudahan) berbeza yang diberikan kepada umat Islam ketika bermusafir:

Maksud Solat Jamak

Jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan dua waktu solat fardu dalam satu waktu.

Contohnya:

  • Mengumpulkan solat Zohor dengan Asar (sama ada dalam waktu Zohor atau waktu Asar)
  • Mengumpulkan solat Maghrib dengan Isyak (sama ada dalam waktu Maghrib atau waktu Isyak)

Maksud Solat Qasar

Qasar bermaksud memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat.

Solat yang boleh dipendekkan (qasar):

  • Solat Zohor (4 rakaat menjadi 2 rakaat)
  • Solat Asar (4 rakaat menjadi 2 rakaat)
  • Solat Isyak (4 rakaat menjadi 2 rakaat)

Nota Penting: Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan kerana bilangan rakaatnya tetap (Subuh 2 rakaat, Maghrib 3 rakaat).

Maksud Solat Tamam

Solat tamam merujuk kepada melaksanakan solat dengan lengkap tanpa mengambil rukhsah qasar, iaitu menunaikan solat dengan bilangan rakaat penuh seperti yang ditetapkan (empat rakaat untuk Zohor, Asar, dan Isyak).

Isi Kandungan

Share artikel ini :

"Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama." - HR Baihaqi

Syarat-Syarat Layak Untuk Solat Jamak Dan Qasar

Tidak semua perjalanan layak untuk melakukan solat jamak dan qasar. Berikut adalah syarat-syarat yang mesti dipenuhi:

Syarat Perjalanan Yang Dibenarkan

  • Jarak perjalanan minimum 81-92 kilometer (dua marhalah) – Ini adalah jarak minimum yang ditetapkan mengikut mazhab Syafi’e
  • Perjalanan yang tentu tujuannya – Mesti ada destinasi yang jelas, bukan perjalanan yang merayau tanpa tujuan
  • Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat – Perjalanan mestilah untuk tujuan yang dibenarkan syarak
  • Bukan perjalanan untuk tujuan haram – Seperti berniaga arak, mengamal riba, menyamun atau sebarang aktiviti yang diharamkan

Status Musafir: Bila Bermula Dan Bila Tamat?

Permulaan status musafir:

Status musafir bermula apabila seseorang melepasi sempadan kawasan tempat tinggalnya (qaryah), seperti sungai, parit, kawasan perumahan, atau kawasan tanpa bangunan dan tanda penduduk. Sebaik sahaja keluar dari kawasan ini, seseorang dianggap musafir dan layak mendapat keringanan dalam ibadah.

Tamat status musafir:

Perjalanan musafir dianggap tamat apabila seseorang kembali ke kawasan asal atau sampai ke destinasi dan berniat menetap 4 hari penuh atau lebih. Pada waktu itu, segala keringanan tidak lagi sah dan perlu kembali menunaikan solat secara sempurna (tamam).

Berapa Lama Boleh Solat Jamak Dan Qasar?

Ini adalah soalan yang sering ditanya oleh ramai musafir.

Menurut JAKIM dan mazhab Syafi’e:

  • Tempoh dibolehkan jamak dan qasar adalah 3 hari 3 malam di lokasi destinasi
  • Tempoh ini tidak termasuk hari tiba dan hari pulang
  • Semasa dalam perjalanan (belum sampai destinasi), tiada had hari yang tetap – boleh qasar dan jamak sehingga sampai ke destinasi

Pengecualian Penting:

Jika seseorang berniat tinggal di suatu tempat selama 4 hari penuh atau lebih, maka TIDAK BOLEH QASAR dan JAMAK ketika sampai di tempat itu kerana sudah dikira bermukim.

Aksesori Dapur Berguna
Stainless Steel Colander Basket
Stainless Steel Colander Basket
Portable Mini Wireless USB Chopper
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
12 Grids Eggs Storage Box
Popular
12 Grids Eggs Storage Box
Hodekt Electric Hand Mixer
Murah
Hodekt Electric Hand Mixer

Jenis-Jenis Solat Jamak

Solat jamak terbahagi kepada dua jenis:

1. Jamak Taqdim (Mendahulukan)

Jamak taqdim bermaksud mengerjakan solat kedua di waktu solat pertama (mendahulukan). Contohnya, solat Asar dikerjakan dalam waktu Zohor, atau solat Isyak dikerjakan dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat Jamak Taqdim:

  • Tertib dalam melakukan solat – Mesti dahulukan solat empunya waktu (contoh: Zohor dahulu, kemudian Asar)
  • Niat jamak dalam solat pertama – Niat mesti dibuat sebelum atau semasa solat pertama, hingga sebelum memberi salam
  • Berturut-turut (muwalat) – Tidak boleh ada jarak masa yang lama antara kedua-dua solat. Jangan membaca wirid, doa atau solat sunat antara kedua-dua solat fardu
  • Masih musafir hingga takbir solat kedua – Status musafir mesti kekal sehingga memulakan solat kedua

2. Jamak Ta’khir (Menangguhkan)

Jamak ta’khir bermaksud menangguhkan solat pertama ke waktu solat kedua. Contohnya, solat Zohor ditangguhkan ke waktu Asar, atau solat Maghrib ditangguhkan ke waktu Isyak.

Syarat-syarat Jamak Ta’khir:

  • Niat menangguhkan solat pertama – Mesti berniat untuk menangguhkan solat pertama ketika masuk waktu solat pertama. Jika terlupa atau tidak berniat, jamak ta’khir tidak sah
  • Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat – Status musafir mesti kekal sehingga selesai kedua-dua solat
  • Tertib TIDAK DISYARATKAN – Boleh dimulakan dengan mana-mana solat (solat kedua dahulu atau solat pertama dahulu)
  • Kedua-dua solat dilakukan dalam waktu kedua – Contoh: Zohor dan Asar dilakukan dalam waktu Asar

Cara Solat Jamak Dan Qasar

Berikut adalah panduan langkah demi langkah:

Langkah Asas

  • Niat – Berniat dalam hati sebelum takbiratul ihram untuk solat jamak dan qasar
  • Bacaan dalam solat – Bacalah surah al-Fatihah diikuti dengan surah lazim pada setiap rakaat
  • Rukuk dan sujud – Lakukan rukuk dan sujud dua kali dengan tuma’ninah (tenang)
  • Rakaat kedua – Ulangi bacaan dan gerakan seperti rakaat pertama
  • Tahiyyat akhir dan salam – Duduk untuk tahiyyat akhir setelah rakaat kedua dan akhiri dengan salam
  • Untuk jamak taqdim – Solat kedua mesti segera dilakukan setelah solat pertama selesai

Lafaz Niat Solat Jamak Dan Qasar Lengkap

Berikut adalah panduan lengkap lafaz niat dalam Bahasa Arab, transliterasi Rumi dan terjemahan:

a) Niat Solat Jamak Taqdim Dan Qasar

1. Zohor – Asar (Jamak Taqdim)

Niat Solat Zohor:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak taqdim kerana Allah Taala

Niat Solat Asar:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak taqdim kerana Allah Taala

 

2. Maghrib – Isyak (Jamak Taqdim)

Niat Solat Maghrib:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardol Maghribi TsaLaTsa Raka’atin Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak taqdim kerana Allah Taala

Nota: Tiada qasar untuk Solat Maghrib. Hanya jamak sahaja.

Niat Solat Isyak:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak taqdim kerana Allah Taala

 

b) Niat Solat Jamak Ta’khir Dan Qasar

1. Asar – Zohor (Jamak Ta’khir)

Niat Solat Asar:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Niat Solat Zohor:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

 

2. Isyak – Maghrib (Jamak Ta’khir)

Niat Solat Isyak:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jama’a Takhirin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Niat Solat Maghrib:

Arab: أُصَلِّي فَرْضَ المغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jam’a Takhirin Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

 

Perbezaan Antara Jamak Dan Qasar

Ramai yang keliru antara jamak dan qasar. Berikut adalah perbezaan yang jelas:

  • Jamak – Menggabungkan dua waktu solat dalam satu waktu (berkaitan dengan WAKTU solat)
  • Qasar – Memendekkan bilangan rakaat solat (berkaitan dengan RAKAAT solat)

Kedua-duanya boleh dilakukan berasingan atau bersama-sama:

  • Boleh jamak sahaja tanpa qasar (4 rakaat + 4 rakaat dalam satu waktu)
  • Boleh qasar sahaja tanpa jamak (2 rakaat pada waktu asalnya)
  • Boleh jamak dan qasar sekaligus (2 rakaat + 2 rakaat dalam satu waktu) – Ini yang paling biasa untuk musafir

Situasi Khas: Solat Jamak Selain Musafir

Solat jamak juga dibenarkan dalam situasi tertentu walaupun bukan musafir, antaranya:

  • Kerana hujan lebat – Jika dilakukan secara berjemaah di masjid (mengikut mazhab Syafi’e, hanya jamak taqdim)
  • Doktor atau jururawat – Yang sedang membedah atau merawat kecemasan kritikal yang melibatkan nyawa
  • Pesakit yang menjalani rawatan – Seperti hemodialisis yang mengambil masa lama
  • Wanita yang mengalami istihadah – Sehingga menyukarkannya solat
  • Dalam keadaan takut atau bahaya – Seperti dalam medan perang
  • Bidan yang bimbang – Kelewatan akan menyebabkan kematian atau mudarat

Nota: Jamak dalam situasi ini TANPA qasar – solat tetap 4 rakaat penuh.

Kesimpulan: Jagalah Solat Walau Di Mana Berada

Islam adalah agama yang memudahkan. Kelonggaran untuk menjamak dan mengqasar solat adalah bukti kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya. Walau di mana kita berada, solat tetap mesti ditunaikan.

Jagalah solat walau di mana kita berada.

Semoga Allah SWT merahmati permusafiran kita dan melindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan.

Selamat Bermusafir Dan Selamat Balik Kampung!

Sumber rujukan: Panduan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Mazhab Syafi’e, dan pelbagai ulama muktabar

Soalan Lazim

Status musafir bermula apabila melepasi sempadan kawasan tempat tinggal (qaryah) dan tamat apabila kembali ke kawasan asal atau berniat menetap 4 hari penuh atau lebih di destinasi.
Jika kampung itu masih menjadi tempat mukim (ada rumah, bilik atau katil milik sendiri), maka TIDAK BOLEH jamak dan qasar. Tetapi jika sudah bermastautin di tempat lain dan hanya pulang bercuti (tidak lebih 3 hari penuh), boleh jamak dan qasar.
Jika terlupa, ia adalah keuzuran yang dimaafkan dan masih boleh jamak ta’khir. Tetapi jika sengaja tidak niat, mesti qada solat yang ditinggalkan.
#Hashtag

Share artikel ini :

Review Popular

Senarai model-model CCTV murah terbaik yang popular di pasaran Malaysia hari ini. Pilihan murah, premium & b...

Review jenama Shampoo terbaik untuk rambut yang ada di pasaran Malaysia. Untuk rambut rosak, berminyak, kering d...

Review jenama oven terbaik di pasaran Malaysia - sesuai untuk baking dan buat kuih. Dari yang murah sampai premium!

Baca Juga
Resepi Popular
error: Content is protected !