Cara Simpan Sayur Tahan Lama

Tips & Cara Simpan Sayur Tahan Lama (Semua Jenis)

Kadang kala, kita beli sayur segar tapi tak sampai seminggu dah layu atau rosak, kan? Jangan risau, kami ada solusi! Ikuti Cara Simpan Sayur kami untuk pastikan sayuran kekal segar lebih lama.

Isi Kandungan

Share artikel ini :

Sayur tahan lama, kalau simpan dengan betul.

Cara Simpan Sayur Mengikut Jenis

Tak semua sayur sesuai dalam peti sejuk. Ada yang perlu suhu bilik, ada yang kena simpan dalam peti. Mari kita lihat cara simpan sayur yang betul!

Cara Simpan Sayur Berdaun

  • Bayam, Kangkung, Sawi: Jangan basuh sebelum simpan dalam peti. Pastikan tiada air yang melekat, simpan dalam bekas kedap udara atau plastik ziplock. Basuh hanya sebelum masak. Basuh sayur berpasir sebelum simpan. Kangkung dan bayam kena bersihkan dari pasir, toskan, dan lap kering sebelum simpan.

Cara Simpan Sayuran Jenis Buah

  • Cili, Lada Benggala, Tomato: Keringkan dulu sebelum simpan. Simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti. Buang tangkai atau putik untuk jangka simpanan yang lebih panjang.

Cara Simpan Sayuran Akar

  • Lengkuas, Serai, Kunyit, Halia: Jangan biarkan kering. Simpan dalam bekas berisi air, pastikan sayur terendam. Tukar air seminggu sekali.

Cara Simpan Ketumbar, Daun Sup dan Daun Bawang

  • Masukkan dalam botol dengan sedikit air. Bagi sayur berdaun halus dan kecil macam ni, cukup sekadar hanya rendam akarnya, jangan sampai batang ya.

Cara Simpan Kubis

  • Bagi sayur kobis pula, jangan basuh sebelum simpan. Potong sesuai keperluan anda dan simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.
Aksesori Dapur Berguna
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Murah
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Portable Mini Wireless USB Chopper
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Stainless Steel Colander Basket
Stainless Steel Colander Basket
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Murah
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle

Kesimpulan

Lepas ni tak ada la sayur-sayur yang kita beli kat pasar tu cepat rosak dan layu lagi. Mudah dan praktikal kan? Dengan tips ini, sayur-sayuran anda bukan sahaja tahan lama tapi juga kekal segar! Senang untuk kita simpan sayur-sayuran yang sihat untuk dimasak kat rumah kan? Jangan lupa share tips ini dengan kawan-kawan dan keluarga, ya!

Soalan Lazim

Sayur seperti ubi-ubian lebih baik disimpan di suhu bilik.
Simpan dalam bekas kedap udara tanpa mencuci terlebih dahulu, kecuali jika sayuran berpasir.
Bergantung pada jenis sayur. Sayur berdaun tidak perlu dibasuh, sementara sayur berpasir perlu dibersihkan.
#Hashtag

Share artikel ini :

Review Popular

Review lengkap jenama Treadmill terbaik di Malaysia yang ada di Shopee, Lazada & Tiktok. Panduan memilih tre...

Review model Smartphone murah terbaik bawah RM300 yang masih baik dan berbaloi untuk beli di pasaran Malaysia ha...

Senarai model-model CCTV murah terbaik yang popular di pasaran Malaysia hari ini. Pilihan murah, premium & b...

Baca Juga
Resepi Popular