Cara Simpan Petai Tahan Lama

3 Cara Simpan Petai Tahan Lama (Petua Fresh)

Petai ni memang ada peminat serta khasiat tersendiri. Kalau yang tak biasa makan tu, memang akan rasa kurang senang dengan bau dan aroma petai.

Tapi bagi anda yang dah ‘terjebak’ dengan penangan petai, tak kira masak dalam sambal ataupun makan sebagai ulam pun dah cukup sangat dah sebab petai memang boleh membangkitkan selera makan tau!

Isi Kandungan

Share artikel ini :

Cara Simpan Petai Kekal Segar

Kalau sampai musim petai, kena pulak harga orang jual murah, memang wajib borong atau beli dalam kuantiti banyak dan simpan sebagai stok untuk masakan dan ulam. Lagi jimat kan?

Bagi anda yang beli dalam kuantiti banyak tu, ini beberapa tips dan petua simpan petai supaya tahan lama dan segar di rumah.

Cara Simpan Petai Tahan Lama : Simpan Beku Dalam Peti Sejuk

Cara ni antara cara simpan petai yang paling bagus dan tahan lama. Simpan petai dalam peti sejuk ni untuk simpanan jangka masa panjang sekitar 1-3 bulan.

Caranya seperti berikut:

  1. Kupas petai dari kulit petai. Buang sekali selaput halus yang melekat pada petai tu.
  2. Rendam petai yang telah bersih dikupas kedalam air garam sekitar 10 hingga 15 minit (jumlah garam mengikut kesesuaian kuantiti petai anda).
  3. Kemudian, bilas petai anda tadi dengan air bersih dan toskan sehingga kering.
  4. Masukkan petai yang sudah ditoskan tadi ke dalam plastik simpanan atau bekas simpanan yang kering dan simpan ke dalam peti sejuk beku.
  5. Untuk petai yang segar dan tahan lama, simpan petai dalam plastik/bekas dengan kuantiti-kuantiti kecil supaya ianya senang diambil dan dinyahbekukan apabila hendak dimakan.

Cara Simpan Petai Tahan Lama : Simpan Petai Dalam Bekas Air

Cara kedua untuk simpan petai supaya kekal segar adalah dengan menyimpan petai dalam bekas berisi air.

Cara ini sesuai bagi anda yang mahu menyimpan petai dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak, dan ingin menyimpan untuk jangka masa yang lebih pendek sekitar 1-3 minggu. Ikuti cara berikut:

  1. Kupas petai dari kulitnya terlebih dahulu, ataupun boleh juga petai dipotong kecil tanpa dibuang kulitnya.
  2. Bersihkan petai yang telah dikupas atau yang telah dipotong tanpa di buang kulitnya dari kotoran-kotoran yang melekat pada petai atau kulitnya.
  3. Masukkan petai ke dalam bekas simpanan (botol kaca lebih bagus) yang bersih.
  4. Kemudian, isikan air ke dalam bekas sehingga penuh menutupi keseluruhan petai. (Untuk kesegaran yang lebih bagus, gunakan air bertapis/mineral)
  5. Simpan bekas/balang simpanan tersebut dalam peti sejuk di bahagian bawah sahaja. (Bukan Freezer beku ya)
  6. Pastikan air di dalam bekas simpanan petai tadi di tukar sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mengekalkan kesegaran petai.

Cara ini juga dikatakan boleh membuatkan petai lebih ranggup dan gemuk tau! Airnya perlu ditukar 2 kali seminggu untuk mengekalkan kesegaran petai dan untuk mengelakkan air menjadi busuk.


Cara Simpan Petai Tahan Lama : Simpan Dalam Peti Sejuk, Bilas Air Panas

Cara ini dikatakan boleh membuatkan petai tahan lebih lama sehingga satu tahun. Cara ini lebih kurang sama seperti cara yang pertama tadi, cuma bezanya petai dibilas dengan air panas terlebih dahulu.

Caranya seperti berikut:

  • Biji Petai yang telah dikupas dari kulit diletakkan ke dalam bekas terlebih dahulu.
  • Tuangkan air panas ke dalam bekas/mangkuk tersebut. Kacau perlahan selama 3 hingga 5 minit.
  • Kemudian, toskan petai tersebut seketika.
  • Seterusnya, sediakan bekas lain. Letakkan ais batu dan isikan air sejuk ke dalam bekas ini. Masukkan petai yang telah ditoskan tadi ke dalam bekas ini.
  • Penggunaan rendaman ais batu dan air sejuk ini adalah untuk menghentikan pemanasan pada petai tadi dan mengekalkan tekstur serta kesegaran pada petai.
  • Kacau perlahan selama 2 hingga 3 minit. Kemudian toskan sehingga kering. Gunakan tisu atau kain kering untuk mengeringkan petai.
  • Kemudian, masukkan petai yang telah kering ke dalam bekas atau plastik kedap udara.
  • Petai sudah boleh disimpan ke dalam peti sejuk beku.

Kaedah penyimpanan petai ini mampu mengekalkan kesegaran petai sehingga satu tahun. Mudah kan?

Aksesori Dapur Berguna
Murah
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Kitchen Heat-Resistant Spatula
Murah
Portable Mini Wireless USB Chopper
Portable Mini Wireless USB Chopper
Murah
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Oil & Sauce Dispenser Glass Bottle
Stainless Steel Colander Basket
Stainless Steel Colander Basket

Kesimpulan

Kesimpulannya, bagi anda penggemar-penggemar petai, petua-petua simpan petai ni memang berguna sangat kalau kita beli petai dalam kuantiti yang banyak. Tapi kalau beli sedikit pun, boleh cuba tips simpan petai ni.

Bukan sekadar petai lambat rosak, petai juga boleh kekal segar dan tahan lama. Jadi kalau nak masak menu sambal udang petai ke, ataupun hanya nak buat makan ulam, bukan musim petai pun masih boleh makan petai yang segar dan berkhasiat kan?

Selamat mencuba!

#Hashtag

Share artikel ini :

Review Popular

Review jenama Sos Ikan Halal terbaik pilihan dapur-dapur di Malaysia. Halal dari JAKIM dan Halal Thailand. Lebih...

Review Pampers Bayi Terbaik untuk newborn yang berkualiti di Shopee & Lazada, selesa serta dijamin selamat u...

Review Mesin Kopi Terbaik dan Murah untuk rumah tahun ini di Shopee dan Lazada. Harga murah, berkualiti dan tahan.

Baca Juga
Resepi Popular